Saturday, 12 October 2013

Resepi Mudah Juadah Minum Pagi/Petang - Kueh Apam Beras@Nasi

Assalamualaikum wrt semua

Perkongsian hari ini,resepi mudah buat anda sekeluarga.Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati juadah ringkas namun sedap dimakan ini akan terhidang.



Apam beras atau dinamakan juga apam nasi ini sememangnya menggunakan nasi sejuk yang mungkin nasi yang berbaki.Daripada ianya terbuang baik kita transformasi menjadi sesuatu yang lebih digemari ramai.Untuk apa perlu membazir kan?

Bahan-bahan yang diperlukan :-)


  • 2cawan nasi sejuk *
  • 2 setengah cawan air *
  • 1 cawan gula *
  • 2cawan tepung gandum
  • 2cawan tepung beras
  • 1 peket yis Mauripan
  • Pewarna ikut kesukaan anda
  • Kelapa parut putih+ secubit garam = gaul rata
(yis Mauripan yang digunakan)


Cara pembuatannya :-)

1.Bahan bertanda * disatukan dan dikisar halus.Ketepikan

2.Satukan tepung gandum bersama tepung beras dan yis Mauripan.Kemudian masukkan kedalam bahan yang telah dikisar sebentar tadi.Gaul sebati dan perap selama 3jam.

3.Setelah itu masukkan pewarna yang dikehendaki,jika mahu 3warna bahagikan kepada 3adunan warna berlainan.Masukkan kedalam acuan.

4.Kukus dengan api yang kuat selama 15-20minit.Taburkan kepala yang telah digaul secubit garam dan sedia untuk dihidangkan.

Tips : Tutup tudung kukusan dengan tuala kecil supaya air kukusan tidak menitis ke atas apam.Agar permukaan kuih nampak cantik.

Mudah dan ringkas kan.

Terima kasih buat sahabat saya Pn.Fazliza atas perkongsian resepi mudah ini.







No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB