Sunday, 6 October 2013

Resepi Ikan Masak Stim Asam Boi

Assalamualaikum wrt

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua lagi satu menu yang menjadi kegemaran saya bila restoran makanan laut menjadi pilihan.Biasalah bila sudah makan diluar harganya almaklum saja lah sudah pasti mahal kan.Jadi saya ambil keputusan nak belajar macamana cara nak masak ikan masak stim ini.Tengok daripada resepi sangatlah ringkas dan senang untuk dibuat tidak begitu cerewet cara pembuatannya.Jom saya kongsikan bersama anda semua.



(gambar ehsan dr mr.google)

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Ikan ( yang sesuai untuk dikukus - siakap/kerapu)
  2. 1/2 biji bawang besar - dihiris
  3. 2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  4. 1/2 batang serai - dimayang halus
  5. 1 inci halia - potong memanjang halus
  6. 5/6 biji asam boi putih yang masam(rendam dengan seidkit air panas sehingga kembang)
  7. 1/4 batang lobak merah (dihiris nipis memanjang)
  8. 1 atau 2bjij tomato belah 4
  9. Daun ketumbar
  10. 1 sudu sos ikan
  11. 1 sudu kicap cair
  12. 1 sudu sos tiram
  13. Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  14. Cili Merah sebagai hiasan
  15. Garam (terpulang jika perlu)

Cara-cara memasak

  • Cuci bersih ikan dengna limau untuk hilangkan bau hanyir.
  • Letakkan ikan didalam pinggan bersesuaian dengan saiz ikan dan tahan panas.
  • Kemudian tabur kan bahan hirisan semua diatas ikan
  • Campuran ketiga-tiga dicurahkan ke atas badan ikan
  • Akhir sekali curahkan air rendaman asam boi beserta asam boi itu sekali
  • Kukus selama 15minit ataupun sehingga masak.
Sudah siap untuk dijamu.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB