Sunday, 20 October 2013

Masalah Sembelit (Constipation)

Assalamualaikum wrt semua suri-suri hebat sekalian,

Apa khabar hari ini?moga kalian semua terus dibawah lindungan dariNya dalam setiap apa jua yang kalian lalukan.Hari ini saya berminat untuk berkongsi satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu selepas bersalin.Tapi kadang-kala masalah ini telah menjadi masalah global tak kira jantina usia semua boleh juga menghadapinya.

Susah membuang air besar memang masalah biasa bagi ibu-ibu selepas bersalin.Tetapi jangan dipandang remeh,jika tidak dirawat,kesannya cukup menyeksakan dan boleh menjadi trauma.



Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara.Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba.Bagi masyarakat Melayu khusunya,ibu-ibu yang baru bersalin dilarang minum banyak air kerana diaktakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut menjadi buncit.

Selain itu,kurangnya makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi satu penyumbang kepada masalah ini.Alasannya kebanyakan makanan ini dikatakan 'sejuk' dimana pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dalam tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis didalam saluran usus menjadi perlahan.Keadaan ini disebabkan oleh beberpaa faktor :
  1. otot abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah dari biasa
  2. Otot pada usus juga mengendur kerana kadar progesterone yang tinggi semasa hamil
  3. Perasaan takut membuang air besar kerana bimbang jahitan luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
Untuk mengatasi masalah sembelit ini,anda boleh cuba cara-cara ini :-
  • banyakkan minum air(8 gelas sehari),jika anda menyusukan bayi kuantiti perlu ditambah.Air dapat membantu penghasilan susu yang banyak,mengurangkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan mengurangkan sembelit.Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang
  • jika anda terasa ingin membuang,segeralah ke tandas walaupun anda kurang selesa terutaman sekali minggu pertama selepas bersalin.Ketahuila bahawa lebih lama anda menunggu dan menahan diri untuk membuang lebih keras najis anda dan ia kan menyukarkan dan memburukkan laig keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun dalam pantang.Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang akya serat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,Selain serat,makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang mampu memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka secara pembedahan. 
Antara petua menyembuhkan menggunakan tumbuhan herba ini :

- Pucuk gelanggang diambil sebagai ulam



- Daun hati-hati yang dilaporkan mempunyai minyak karvakrol ditumbuk dan diperah airnya lalu dibancuh dengan air untuk dibuat ubat batuk dan sembelit





Moga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah sembelit yang anda hadapi.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com




No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB