Thursday 26 December 2013

Tips perlu tahu sebelum berkelah.

Assalamualaikum wrt.

Riadah sempena cuti sekolah pasti menjadi satu aktiviti pilihan.Siapa yang tidak gembira berkelah bersama keluarga kan?Tambah meriangkan apabila melihat teletah anak-anak kecil yang comel bergembira apabila mendapat tahu yang rancangan kita untuk berkelah.Tentu masing-masing tak sabar untuk menunggu hari tersebut tiba.Namun sebelum anda seronok menikmati perkelahan,ada beberapa perkara yang perlu anda titik beratkan terlebih dahulu untuk menjaminkan keselamatan anda sekelaurga.Mari saya kongsikan apakah perkara yang tidak boleh anda abaikan 



  1. Lokasi - untuk memastikan perkelahan memberikan pengalaman yang istimewa buat seisi keluarga,faktor lokasi tidak wajar diambil mudah.Sebaiknya tetapkan lokasi pilihan lebih awal sebelum hendak pergi berkelah.Selain taman,anda juga boleh mengadakan acara perkelahan ditepi air terjun ataupun tasik.
  2. Makanan dan minuman - tidak lengkap kiranya tidak penyediaan makanan dan minuman bila berkelah.Jadi,sebelum membawa anak pergi berkelah,pastikan anda menyediakan makanan dan minuman secukupnya.Bawalah makanan yang tahan lebih lama selain emnyediakan didalam bekas kedap udara.Bagi membolehkan anak kecil anda menikamti makanan dengan lebih selesa,anda boleh membawa pinggan,cawan sudu garfu plastik.
  3. Pakaian - Mengenakan pakaian yang bersesuaian amat penting bukan sahaja untuk memberikan keselesaan pada anak kecil,tetapi juga perlindungan buat si kecil.Biarkan dia berpakaian santai dan ringkas supaya perkelahan lebih bermakna.
  4. Aktiviti - Perkelahan tanpa aktiviti akan membuatkan anak kecil akan terasa bosan.Jadi sebelum berkelah anda disarankan memikirkan aktiviti bersesuaian dengan lokasi yang boleh anda rancang untuk menkadikan aktiviti perkelahan anda seronok.Jika ke pantai,boleh sarankan anak anda membawa pakaian pantai dan pelampung.Dengnai ni membuatkan mereka dapat bermain dengan riang ceria dan selamat.
  5. Pemantauan - Perkelahan mampu meralit dan menyeronokkan si kecil.Oleh itu,pastikan anda sentiasa memantau setiap gerak geri sepanjang waktu perkelahan tersebut.Walau bagaimanapun,adalah lebih baik anda sertai dan sentiasa berdekatan dengan nya.Selain memudahkan anda juga dapat menjaga keselamatan nya.Dia juga pasti akan tahu bahawa kehadiran anda untuk bersamanya diperlukan.
  6. Rancang Awal - Tidak rugi membawa anak anda berkelah.Meskipun begitu pastikan ia dirancang terlbih awal kerana ini pentign agar persiapan dapat dilakukan dengna lebi hsempurna.Dengan ini perkelahan anda akan lebih bermakna.
Ok sekarang tips sudah diberi,tiba masa untuk bercuti bersama keluarga tercinta.Jom bercuti.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?



hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Like my FB