Saturday, 21 December 2013

Resepi Mudah Sambal Gesek

Assalamualaikum wrt..hari ini nak kongsi resepi mudah ringkas lagi sedap lagi untuk anda semua.Kadang-kadang tekak kita ini macam teringin yang simple-simple je.Tak perlu nak bersantan menumis bagai.Makan dengan nasi panas letak kicap sedikit dah cukup mengenyangkan.Baiklah mari kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara pembuatan resepi ringkas ini.

Ini rupa sambal gesek setelah siap.

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. 5biji cili merah
  2. 10biji cili api
  3. 2biji bawang merah
  4. 2ulas bawang putih
  5. 1 cawan ikan bilis
  6. 5biji limau kasturi
  7. Garam secukup rasa
Cara Membuat

  1. Basuh bersih dan rendam ikan bilis hingga lembut
  2. Tumbuk cili merah dan cili api sehingga hancur
  3. Masukkan garam,bawang merah dan bawang putih dan tumbuk sehingga lumat
  4. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah lembut dan tumbuk sehingga hancur 
  5. Perahkan asam limau semasa ingin dihidang.Makan bersama nasi panas.Terangkat!

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?



hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com





No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB