Wednesday, 26 April 2017

LAUK PEBERET PEMIKAT HATI SUAMI DAN ANAK-ANAK


Simple tapi begitu memikat hati mereka dan membuatkan mereka akan bertambah nasi sehingga licin nasi diperiuk.

Dalam seminggu wajib sehari ada lauk peberet ini.Dah nama lauk kegemaran confirm asyik ulangtayang bersiaran kan.



Resepi?alahai malu pula mau share sebab kemain mudah untuk disediakan tapi takpe share jela mana tahu ada yang berkenan nak mencuba

Bahan-bahannya
==============
1peket suhun + fuchuk(rendam air untuk lembut)
3biji kentang
2biji telur
Sedikit lobak merah
Bawang putih
Bawang merah
Daun sup
Bawang goreng
Garam/Bahan perisa
Minyak utk menumis
Santan jika mahu(terus jadi Masak Lemak Putih)

Cara Memasak
=============

Tumis bawang putih+bawang merah.Kemudian masukkan air sedikit dan masukkan kentang dan lobak merah.Sudah agak empuk kentang masukkan suhun+fuchuk tambahkan air atau santan selepas itu.Tunggu menggelegak kemudian masukkan telur kacau masukkan daun sup dan garam.Siap semua hidangkan dengan hiasan bawang goreng.

Sedia untuk dijamu kepada keluarga kesayangan anda <3

Jom share masakan kegemaran keluarga anda.Sila respon diruangan komen dibawah.
TERIMA KASIH.

#Assyifateam
#gear5
#tsunamishaklee

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB