Tuesday, 7 January 2014

Resipi SomTam Sedap dan Mudah untuk Disediakan

Assalamualaikum wrt.

Masak tengahari menu apa hari ini?Mari saya kongsikan satu lagi resepi mudah untuk disediakan tetapi hasilnya sedap dan menyelerakan.

SomTam adalah makanan yang terkenal daripada negara Thailand.Makanan yang ringkas seakan salad betik muda yang ranggup tidak memerlukan teknik masakan.Hanya gaulkan tumbuk supaya rasa bersatu dan memberi satu hidangan yang enak.Baiklah mari saya kongsi resepi ini.


Bahan-bahan

3 ulas bawang putih
5 bili cili padi
1/2 cawan udang kering digoreng garing
segenggam kacang tanah digoreng dan buang kulit
2 cawan betik muda diracik halus
1 biji tomato buang biji dipotong kasar
2 batang kacang panjang dipotong panjang2
3 helai daun limau purut diracik halus
3 sudu besar gula melaka diracik halus (secukup rasa)
perahan dari 1 biji limau nipis (secukup rasa)
3 sudu besar nam pla/fish sauce (secukup rasa)

Cara:
1) Tumbuk bawang putih, cili padi, udang kering dan kacang. Campurkan bersama bahan-bahan selebihnya.
2) Gaul sebati. Saya guna lesung untuk tumbuk sikit semua bahan supaya jus-jus dari betik dan tomato keluar dan sebati dengan semua bahan.

PS: boleh juga campur dgn mangga muda.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB