Wednesday 22 January 2014

Resepi Sup Ekor Lembu yang lazat

Assalamualaikum wrt semua

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda resepi Sup Ekor kegemaran kami suami isteri.Cukup sedap tatkala dihidangkan panas-panas dalam cuaca yang sejuk kini.Menikmati bersama nasi putih sahaja boleh membuatkan kita bertambah-tambah.




OK tanpa membuang masa mari tengok apa bahan yang diperlukan

Bahan-bahannya


  1. 1kg ekor lembu yang dipotong kecil
  2. 5 labu bawang besar *
  3. 5 ulas bawang putih *
  4. 1sm halia * (bahan * dikisar)
  5. 2 batang kayu manis
  6. 5 kuntum bunga lawang
  7. 5 biji buah pelaga
  8. 1 camca teh rempah kurma
  9. 1 camca teh rempah garam masala
  10. 3 batang serai (diketuk)
  11. 3 batang saderi (dipotong serong)
  12. 2 biji lobak merah (dihiris)
  13. 4 biji kentang dibelah 4
  14. 10 biji cili api diketuk kasar
  15. 3 labu bawang Holland dibelah
  16. Garam secukup rasa
  17. Sedikit daun bawang dan daun sup
  18. Bawang goreng untuk hiasan
  19. Sedikit air
  20. Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.Masukkan kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Tambahkan air masukkan rempah kurma,rempah masala dan serai.
  3. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan ekor lembu yang telah direbus terlebih dahulu.Kemudian masukkan batang saderi,lobak merah,bawang Holland,ubi kentang dan cili padi.
  4. Taburkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng
  5. Siap untuk disajikan
Mudah kan? selamat mencuba.

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Like my FB