Tuesday 9 December 2014

Roti Lapis Cheese Ayam sedap dan mudah disediakan

Assalamualaikum wrt semua pembaca setia blog ku ini.Lama tak bersiaran disini.JOm saya kongsikan resepi terbaru yang telah saya cuba baru-baru ini.Resepi yang mudah ringkas dan ianya menetapi citarasa keluarga kecil saya.

Mari kita lihat bahan-bahan dan cara untuk membuatnya

Bahan-bahan

Roti Gardenia
Kepingan keju chisdale
Ayam Kisar
Bawang putih & bawang besar
Sos pasta
Sedikit mix herbs
Kiub ayam Knoor
Telor 4biji
Susu cair

*sukatan ikut sedap hati

Cara membuat

Sediakan terlebih dahulu ayam kisar.
Tumis bawang, masukkn sos pasta, mix herbs,kiub ayam seterusnya ayam kisar. Masak sebati.. ketepikan.

Satukan telur bersama susu cair.. potong dua roti dan celup dlm bancuhan telur+susu kemudian susun ke dlm bekas acuan.. jadikan satu lapisan..

Kemudian letakkan kepingan keju jadikan satu lapisan lg.. kemudian masukkn semua ayam kisar yang telah masak td.. jadikan lapisan..

Akhiri dengan potongan roti yg telah dicelup telur+susu tadi untuk penutup hidangan.. bole letak lagi kepingan keju diatas sekali..

Jika masih ade lebihan bancuhan telur+susu curahkan sahaja ke atas roti.Jangan membazir.

Setelah itu kite bako kite bako... masukkn dalam microwave.. 200°c 10-15minit...ikut microwave memasing2 tgk keju mencair da ok ler tu..

Selamat menjamu selera.. ni kurang pedas sbb utk ank2.. klu nk pedas bole makan ngn sos cili atau masa masak ayam tu letak la cili lebih sket.

Sekian.. terima kasih.

Oh yea pki pemanggang ajaib pn bole.. kawal api n bole dibalikkn pemanggang untk masak lebih rata.



No comments:

Post a Comment

Like my FB