Thursday, 2 January 2014

Resepi Ringkas Rendang Kambing

Assalamualaikum wrt semua.

Jom hari ini teringin hendak berkongsi dengan anda semua resepi Rendang Kambing.Saya adalah peminat no.1 daging kambing.Sedapnya lebih lagi kambing bakar.Lamb chop,segala lamb la semua saya suka makan Alhamdulillah saya bukan kategori yang tidak boleh makan makanan kegemaran nabi kita ini.Memang sedap!


Bahan A

  • 1 kilogram daging kambing
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 sudu makan ketumbar(diperap dengan daging)
  • 1 sudu makan jintan manis (diperap dengan daging)
  • 1 sudu makan jintan putih (diperap dengan daging)
  • 1 sudu makan lada hitam (diperap dengan daging)
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 keping asam keping
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Bahan Menumis)
  • 25 tangkai cili kering
  • 20biji bawang merah
  • 3 inci halia
  • 5 batang serai
  • 2inci lengkuas
Cara Memasak

  1. Perapkan daging dengan bahan perapan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B yang telah dikisar sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging dengan air.Masakkan sehingga daging lembut
  4. Masukkan santan,daun limau putur dan kerisik.Kacau rata dan biarkan masak sehingga pekat.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas mahupun cicah bersama roti.Yummies.
Selamat Mencuba


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?



hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB