Monday, 6 January 2014

Antara Vitamin Shaklee Dan Makanan Sunnah

Assalamualaikum wrt wbt kalian pengunjung tetap dan lagi setia blog kesayangan saya ini.
Syukur masih lagi diberi kesempatan mencoret kata buat tatapan kalian.

Hari ini ingin saya huraikan kemungkinan ada segelintir diantara kalian bertanyakan mahupun berfikir tentang tajuk yang ingin saya kupaskan iaitu pengambilan vitamin Shaklee berbanding makanan sunnah yang disarankan untuk kita memilih dalam kehidupan seharian.

Persoalannya sekarang adakah benar siapa yang mengambil vitamin menidakkan kehebatan makanan sunnah?Adakah benar juga dengan membeli vitamin yang diperbuat daripada negara Amerika Syarikat bermakna kita tidak menyokong ekonomi negara Islam/bumiputra dan menyokong kezaliman yang berlaku disana terhadap negara Islam?



  1. Pertama sekali usahalah kita dikategorikan sebagai sempit akal dalam mebincangkan isu ini.Siapa kita untuk menuding jari untuk menyatakan baik atau tidak seseorang melihat dari sudut pemilihan makanan sahaja.Usah semat dalam diri tergolong dalam golongan yang dengki sesama Melayu.Hasad dengki dalam perniagaan ini memang agak sinonim dengan masyarakat Melayu.Jangan disebabkan alasan itu lalu anda mencipta alasan-alasan yang tidak munasabah untuk menjatuhkan kaum atau bangsa anda sendiri.
  2. Saya sendiri tidak menolak langsung atau menghalang pemakanan sunnah Nabi apabila memilih untuk mengambil supplemen vitamin Shaklee ini.Gabungan yang terbaik akan menjadikan ianya hasil yang terbaik.Contohnya ESP apabila diminum bersama madu dan kurma memberikan tenaga yang optimum.Tiada salahnya mencampurkan kedua-duanya sekali.Tidak perlu dinafikan bila keduanya bergabung maka kesan lebih baik akan diterima oleh si bijaksana yang memilih yabg terbaik buat dirinya.Saya sendiri akan memastikan dalam rumah ada bekalan makanan sunnah buat keluarga walaupun setiap bulan saya tetap memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian vitamin.
  3. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan rawatan kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.
  4. Didalam Al-Quran juga tertulis "makanlah kamu dari makanan yang yang halal lagi baik" nah apa lagi hendak dipersoalkan.Makanan sunnah adalah makanan halal dan baik dan vitamin Shaklee juga halal dan baik untuk kesihatan.Maka,selagi makanan itu telah disahkan halal dan baik untuk kesihatan mengapa tidak dipilih?
  5. Pemilihan Shaklee menunjukkan kita menyokong kezaliman Amerika.Perhatikan sekelilingmu adakah semua yang anda pakai anda lihat itu buatan Malaysia semuanya?hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.
  6. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 
  7. Akhir sekali,jika anda ingin menjadi seseorang yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada Islam,ini jalan kami pilih.Dengan pembabitan kami secara langsung dengan Shaklee kami dapat setiap bulan upah untuk diinfaqkan ke jalan Allah.Alhamdulillah dengan hanya bermodalkan hanya rm75 apa yang dikecapi ini saya dapat sumbangkan ke jalan Allah.Bukan sesuatu yang sukar difikir dek akal.Usah sempitkan fikiran anda.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?






hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com




No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB