Sunday 23 April 2017

FILEM HORE-HORE YANG PENUH PENGAJARAN POSITIF

Hari ini tetiba saya nak share dengan anda sebuah filem tempatan yang pada saya membawa maksud dan pengajaran yang secara langsung membuatkan kita sebagai penonton berfikir dan bagi saya ia adalah filem yang positif untuk dipertontonkan.

Filem HoreeHoree ini terhasil inspirasi dari lagu-lagu mengenang Allahyarham Sudirman Hj.Arshad.Merupakan sebuah filem berkisarkan kehidupan masyarakat kita yang biasa pada mata kasar pada mulanya namun ada maksud tersirat didalam filem ini yang boleh diambil iktibar oleh mereka yang menonton.

Filem ini mengisahkan seorang anak gadis yang bertubuh besar dan memiliki  rasa kurang berkeyakinan diri kerana kekurangan dari penampilan walaupun sebenarnya dia seorang pelajar yang pintar dan disenangi oleh ramai orang.

Filem ini juga sarat memaparkan kisah kehidupan yang penuh warna-warni dimana terselit kegembiraan dan kedukaan yang membuatkan kita boleh tergelak terbahak-bahak namun sekaligus dalam masa sama boleh menitiskan airmata juga.

Nurul Aiman dipaksa Nendanya lakonan hebat Fauziah Nawi menyertai satu pertandingan Ratu Idola yang sudah pasti mempertaruhkan penampilan menarik namun sebenarnya niat Nendanya mahu Aiman melawan rasa rendah diri yang begitu kuat didalam dirinya.Aiman yang pada mulanya hampir putus asa dengan rintangan yang diterimanya namun berkat perubahan yang diterima akhirnya Aiman berjaya merangkul gelaran Ratu Idola jua akhirnya.

Filem yang sarat dengan pengajaran ini masih terus melekat dihati saya sehingga kini kerana ia memaparkan betapa pentingnya kita memiliki keyakinan didalam diri jangan cepat berputus asa sebelum mencuba dan mengajar saya setiap makhluk yang dicipta olehNya adalah istimewa.

Anda pernah menonton filem ini?ia adalah filem yang ditayangkan pada tahun 2012.


No comments:

Post a Comment

Like my FB