Tuesday 17 December 2013

Resepi Mudah Membuat PAVLOVA

Assalamualaikum wrt semua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua resepi mudah untuk membuat PAVLOVA.Siapa antara kalian semua yang pernah merasa PAVLOVA nie?saya masa mengandung anak kedua punya la teringin sebab asyik dok dengar orang bercerita sana-sini tentang pavlova nie mau tak ibu mengandung ini jadi mengidam. Nasib baik di tempat kerja dahulu ada seorang adik yang pandai dalam bab membuat kek ini sudi membuatkan sebiji pavlova untuk saya dan rakan seperjuangan.

Memang manis PAVLOVA ini dan sangat tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit kencing manis. Hahahah tapi rasanya diseimbangkan bersama buah-buahan yang masam yang dihidangkan bersama lapisan pavlova itu tadi barulah terasa kesedapan yang menjadi kegilaan ramai.

Ok baik lah sekarang saya sertakan disini resepi untuk anda yang teringin ingin membuat sendiri PAVLOVA anda dirumah.




Resepi Pavlova


Bahan-bahan :
4 biji putih telur (putih telur hendaklah pada
suhu bilik)
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cwn)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) non diary whipping
cream
buah-buahan segar

Cara-Cara:
1. Campurkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung menjadi pes. Panaskan oven 150C.

2. Pukul putih telur sehingga berbuih (softpeak). Jika guna hand mixer, hanya gunakan kelajuan 1-2 sahaja.

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.tambahkan kelajuan mixer sehingga tahap maximum. Tambahkan kelajuan setahapdemi setahap. Jangan terus ke kelajuanmaximum.

4. Pukul putih telur dan gula tersebut sehingga bertanduk. Jika terbalikkan bekas
adunan, adunan putih telur (meringue) tersebut tidak jatuh.

5. Kemudian, masukkan pes cuka+esen vanilla+ tepung jagung ke dalam adunan
meringue tersebut. Guna kaedah kaup balik sehingga sebati.

6. Lukis bulatan sebesar 8 inci di atas kertas minyak. Tuangkan adunan yg dah
disediakan dan buatkannya bulat mengikut bulatan yang dilukis.

7. Turunkan suhu oven menjadi 140C.Bakar sehingga 1 jam - 1 jam 15 minit.
Jangan terus keluarkan pavlova dari oven.biarkannya menyejuk di dalam oven. buka
sedikit pintu oven.

8. Putar whipping cream sehingga kental,pipekan ke atas pavlova yang telah
dikeluarkan dari oven. hiaskan dengan buah-buahan segar.

Siap untuk dihidangkan. Cubalah.



 — 

No comments:

Post a Comment

Like my FB