Sunday, 20 October 2013

Resepi Daging Masak Sos Lada Hitam

Assalamualaikum wrt 

Minggu ini minggu menu bertemakan daging-daging sedunia memandangkan dapat daging qurban sempena Hari Raya Aidiladha(Qurban) tempohari.Saya ingin berkongsi satu menu resepi yang mudah lagi ringkas buat anda dimana boleh anda jadikan juadah istimewa buat keluarga tercinta anda.




Sebenarnya resepi ini saya dapatkan dari blogger masakan terkenal dengan panggilan Mat Gebu di dalam blog dia www.tiffinbiru.com Sebuah blog masakan yang bagi saya tempat rujukan yang amat sesuai bagi mereka yang kurang mahir dalam bidang masakan ini.Mat Gebu seorang yang tidak kedekut ilmu dalam bidang masakan walaupun hanya di alam maya segala curahan rasa petua dicurahkan di dalam penulisan blog beliau.

Baiklah sekarang saya kongsikan resepi mudah lagi ringkas dan sudah pasti dapat menaikkan selera makan ahli keluarga anda semua.

Bahan-bahan yang diperlukan 

  • 400gram daging batang pinang (dihiris nipis,cuci kemudian ditoskan)*
  • 2ulas bawang putih* (tumbuk halus)
  • 1/2 inici halia*(tumbuk halus) - satukan kemudian perap sekejap
  • 10biji cendawan butang (belah dua setiap 1)
  • 4-5camca besar sos lada hitam
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1biji bawang besar belah 6
  • 2ulas bawang putih cincang halus
  • 1 pokok daun bawang potong pendek2
  • 1/2 cawan air
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang putih kemudian masukkan daign yang telha diperap goreng seketika.
  • Masukkan sos lada hitam dan kicap cair.Masukkan air dan tunggu sehingga daging empuk
  • Biarkan sehingga kuah agak pekat,masukkan bawang dan daun bawang.Rasa jika kurang masin tambah lagi sedikit kicap cair.
  • Matikan api dan hidang bersama nasi panas.
Mudahkan? Selamat mencuba.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com




No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB