Friday, 18 October 2013

Kelas Asas Blog dan Fanpage

Assalamualaikum wrt semua.

Sejak berkecimpung dalam dunia bisnes online ini,saya pun secara tak langsung masuk dalam dunia blog dunia marketing secara alamaya.

Dunia yang menjadi trend terkini yang semakin mendapat tempat dihati semua lapisan masyarakat dari remaja,dewasa,pihak profesional piha kkerajaan usahawan dan ramai lagi.Jadi secara tidak langsung,saya mesti mempunyai serba sedikit ilmu mengenai dunia blog untuk saya menjalankan perniagaan online Shaklee saya ini.Saya ingin berjaya dalam perniagaan saya ceburi ini dan menggunakan blog sebagai alat pemasaran saya.


Alhamdulillah saya menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage melalui alamaya yang dibawah kelolaan Cikgu Zaila Mohamad.dari setiap inci sudut pembelajaran saya diajar ditugaskan untuk menyiapkan tugasan demi tugasan bagi memastikan ianya memberi hasil yang berguna buat diri saya sendiri.Dari saya yang zero pengetahuan mengenai blog sehingga saat ini alhamdulillah sudah pandai serba sedikit menguasai dan membuat entri demi entri didalam blog saya ini.


Banyak lagi ilmu dunia blog yang ingin saya pelajari di dalam kelas asas ini dan saya harapp saya tidak mempersiakan ilmu yang dipelajari dan menerapkan ilmu itu supaya ianya tidak hanya memberikan hasil yang sia-sia atau bagaikan hanya melepaskan batuk ditangga.


Anda boleh hubungi cikgu Zaila di fb beliau https://www.facebook.com/zaila.mohamad untuk keterangan yang lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB