Tuesday 8 October 2013

Menjadi suri berpendapatan lumayan?

Assalamualaikum wrt

Zaman berubah semakin pantas,kini kita dalam tahun 2013.Masyarakat semakin moden,dunia semakin hebat mencipta itu mencipta ini.Kearah dunia moden yang lebih mencabar.Pada zaman dahulu rata-rata masyarakat menganggap surirumah sepanjang masa ditafsirkan dengan seorang isteri yang tidak bekerja ataupun berhenti kerja demi untuk menjaga rumah tangga.




Terdapat kajian ada 3 faktor utama yang mendorong mengapa wanita ini memilih untuk menjadi surirumahtangga :-

  1. Anak memerlukan perhatian- disebabkan anak perlu diberi penjagaan yang rapi semasa usia kecil mereka,sesetengah wanita rela mengorbankan kerjaya yang selama ini diusahakan.Rata-rata memilih memelihara anaknya sendiri setelah melahirkan.
  2. Tanggungjawab terhadap suami - peranan utama seorang isteri adalah suaminya.Demi menjaga kehidupan suami ramai mengambil keputusan menjadi surirumahtangga sepenuh masa.
  3. Kerana tiada pilihan lain - ketiadaan peluang pekerjaan,mahupun keluarga mampu menyara kehidupannya membuatkan faktor mencari pekerjaan bukanlah sesuatu keperluan dalam dirinya.
Namun kini,di zaman moden sekarang ramai surirumahtangga memilih untuk membina kerjaya menjana pendapatan hanya dari dalam rumah.Sememangnya tugas yang berat kerana seorang surirumah memerlukan seorang itu menjadi cekap dalam pelbagai aspek dalam menguruskan kehidupan rumahtangga dan kini pula menambahpula kerjaya untuk diuruskan.Bukan sesuatu yang begitu mudah tetapi ramai yang menyatakan ianya bukan juga sesuatu yang terlalu sukar.

Dunia intenet tanpa sempadan mampu membawa anda serata dunia walaupun hanya dari dalam rumah.Pokok pangkal jika ada kemahuan disitu pasti ada jalan.Sifat terusan mencari ilmu membuatkan anda tidak merasa anda seorang yang surirumah yang dahulu sering dikaitkan dengan sering dipandang remeh,mudah terasing dengan masyarakat dan dunia luar dan ramai menganggap jika terjadi apa-apa yang buruk dalam keluarga,surirumah  sudah hilang timbangan hilang arah tuju hidup.

Banyak kini kerjaya yang bermula hanya dari rumah.Anda wanita yang boleh berjaya setanding mereka yang bekerja didalam organisasi tertentu,Usah terus merendah diri usah terus merasakan anda kerdil didalam kelompok masyarakat.Yakini ramai telah keluar dari kelompok tersebut dan membina kerjaya malah ada kini yang berpendapatan lebih lumayan daripada yang bekerja 5hari seminggu tinggalkan anak tinggalkan rumahtangga hanya semata untuk menambah pendapatan keluarga.



Terdapat banyak kumpulan sokongan yang boleh membantu kita wanita membina kerjaya hanya daripada rumah.Jom bersama-sama kami.

Jemput LIKE page terbaru saya Tips-Suri-HebatKeluarga-Sihat
Bersama mencari ilmu untuk menjadi Suri Berkerjaya WahmSahmSoho
Ilmu banyak tentang Bekerja Dari Rumah Akademi Bekerja dari Rumah
Bina kerjaya dari rumah bersama Fazillah Abdul Ghani



No comments:

Post a Comment

Like my FB