Thursday, 3 October 2013

Resepi Cheesecake Biskut yang awesome.

Assalamualaikum wrt

Ha arini saya nak kongsikan resepi mudah tapi hasilnya wallah...saya memang suka bab-bab mencuba resepi yang ringkas mudah cepat ini sebab memudahkan kerja saya sebelum saya dipanggil oleh tugasan-tugasan yang diberikan oleh anak-anak kecil saya.Resepi ini sedang hangat dan top diperkatakan kini.Saya juga teringin ingin mencuba,jom kita tengok bahan-bahan dan cara pembuatannya.


CHEESECAKE MILO BISKUT


(gambo dr. mr.google - hmm tertelan airliur menengok nya)

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. NESTUM
  2. BISKUT CREAMCRACKERS/BISKUT MARRIE
  3. SUSU PEKAT MANIS
  4. CREAMCHEESE
  5. SERBUK MILO
  6. SUSU SEGAR

Cara-cara membuatnya

  • Pukul creamcheese gunakan mixer sehingga sebati.Kemudian masukkan separuh tin susu pekat manis.(ikut tahap kemanisan anda)kalau nak letak satu tin pun boleh tetapi pasti sangat manis.
  • Tuang susu segar dalam mangkuk,rendam kan seketika biskut TETAPI jangan sampai ia menjadi lembik.Cukup rendam sekadar beberapa saat sahaja kemudian susun lapisan pertama didalam loyang
  • Setelah itu,di atas lapisan biskut yang telah disusun tadi,sapukan nipis hasil pukulan creamcheese dan susu pekat manis tadi.
  • Setelah itu,taburkan nestum diatas permukaan sapuan creamcheese tersebut.Hendak tabur banyak mana ikut selera anda.
  • ulang lapisan kedua ketiga tetapi gantikan dengan taburan serbuk milo pula untuk lapisan ini.Lagi banyak milo yang ditabur lagi lazat resepi ini.
  • Lapisan yang terakhir,sapukan lebih sedikit creamcheese diatas,habiskan semua baki yang ada dan diakhiri dengna taburan Nestum diatasnya,
  • Setelah siap,masukkan didalam petisejuk semalaman untuk sessi pengerasan.
Begitu mudah kan?apa lagi ditunggu jom cuba hari ini juga.




No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB