Friday 8 November 2013

Panduan Memilih TASKA buat anak syurga anda.

Assalamualaikum wrt semua.Rata -rata kini tahu topik yang hangat diperkatakan semenjak tersebarnya video tentang penderaan kanak-kanak yang diletakkan di taska baru-baru ini.Naluri seorang ibu amat tersentuh dengan kejadian tersebut.ZALIM perkataan yang sesuai keapda si perlaku.Saya mendoakan dirinya dijatuhkan hukuman setimpal agar benar-benar menjadi pengajaran buat dirinya.



Baiklah disini saya ingin berkongsi panduan yang harus diambilkira oleh ibubapa apabila memilih taska buat anak syurga anda.

  1. Spesifikasi taska menepati piawaian oleh Pihak Berkuasa - Anda kena pastikan taska/tadika asa lesen dan pengasuh/pendidik disitu pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan keselamatan dan bekalan alat pencegah kebakaran.Jabatan Kesihatan bagi memantau rekod perkembangan kesihatan kanak-kanak dan pihak berkuasa temaptan sebagai pemantau kesesuaian dan keselamatan bangunan taska.
  2. Jenis Bangunan Taska yang bersesuaian - Kegunaan ruang yang kondusif,fasiliti dan kelengkapan harian yang sempurna ,kemudahan rekreasi untuk kanak-kanak bermain.
  3. Lokasi Taska - Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan lapang/padang permainan,persekitaran yang sesuai dengan anak-anak(tidak bising,selamat,bersih,aman dan sihat)
  4. Persekitaran yang sihat - suasana ceria,ada peredaran udara segar dan cahaya semulajadi untuk kanak-kanak tingal dengan selesa.
  5. Pendidik/Pengasuh - pastikan pakaian sopan da nakhlak mulia,sahsiah yang murni.Mengamalkan etika sebagai pendidik yang sebenar.
  6. Kebersihan/penyediaan makanan - makanan yang disediakan mestilah berkhasiat da nterjamin kebersihannya.Pemilihan menu makanan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak.
  7. Bilangan kanak-kanak - Nisbha kanak-kanak perlu bersesuaian dengan bilangan pengasuh/pendidik dan keluasan kawasan taska.
  8. Kemudahan Kecemasan - Pengasuh/Pendidik perlu mengetahui dan emnguasai kemahiran bantuan awal kecemasan seperti 'Infant and Child CPR' dan Community First Aid and Safety'
  9. Keselamatan - Perlu perhatikan tahap keselamatan di temapt tersebut.Contohnya jenis dan susunan dan susuan perabot ,keadaan lantai,struktur akomodasi dan lain-lain yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
  10. Penyimpanan rekod dan dokumen - memastikan taska mempunyai catata ndan rekod berkaitan kanak-kanak seperti butir peribadi kanak-kanak,butir peribadi ibubapa dan keluarga,nombor telefon yang perlu dihibungi sewaktu kecemasan dan sebagainya.
  11. Kandungan program didikan dan asuhan - aktiviti taska terancang dan tersusun serta merangkumi aspek didikan dan asuhan yang telah ditetapkan.
info dari majalah pa&ma.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Like my FB