Thursday, 7 November 2013

Petua Kurus buat SuriRumahTangga

Assalamualaikum wrt

Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati.


Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.


A. Ubah cara pemakanan anda yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah seperti berikut:
1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.
C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB