Tuesday, 19 November 2013

Sup Makaroni dan Bayam

Assalamualaikum wrt.Sajian sup memang menjadi pilihan anak-anak saya.Ianya menjadi penambat selera mereka.Kalau boleh setiap hari saya akan mempelbagaikan juadah sup dengan pelbagaikan aneka jenis sup untuk menu seharian kami sekeluarga.Bila melihat anak-anak berselera menjamah juadah yang telah kita masak itu adalah satu kebahagiaan yang sukar diungkapkan.Senangnya inigin bahagia masak sup ringkas sudah boleh merasa bahagia...seronok kan?

Ok mari saya kongsikan juadah sup pilihan saya hari ini :-

SUP MAKARONI DAN BAYAM


Bahan -bahan
  • 40gram makaroni
  • 70gram kentang
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 4 ulas bawang merah kecil (mayang halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 20gram halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 150gram isi ayam
  • 4 cawan air
  • 50gram bayam
  • 1 ketul kiub ayam Knoor
Cara penyediaan
  1. Rebus makaroni dan kentang sehingga empuk.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,serai,halia,bawang putih sehingga harum
  3. Masukkan ayam dan tumis sebentar.
  4. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih
  5. Masukkan makaroni ,kentang dan bayam.Rebus sebentar
  6. Perisakan dengan kiub ayam Knoor.
  7. Tutup api dan siap sedia untuk dihidang.
Mudah kan jom cuba pasti anak anda suka.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB