Saturday, 9 November 2013

Resepi Kari Ikan Tenggiri - Menu Suri Berpantang

Assalamualaikum wrt 

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah dan ringkas yang boleh anda semua sediakan untuk hidangan hari-hari biasa dan ianya juga bersesuaian buat ibu di dalam pantang.Resepi kari ini tidak menggunakan santan maka kalori adalah kurang berbanding jika menggunakan santan di dalam resepi ini.Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan



Bahan-bahan


  • 1 potong ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara memasaknya

  1. Tumbuk bawang merah,bawang putih,kunyit dan halia sehingga lumat
  2. Campurkan serbuk kari.Ketepikan
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk bersama kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang.Tunggu sehingga naik bau.
  4. Masukkan pula bancuhan air asam jawa secukupnya.Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ikan.
  5. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih dan ikan masak.Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  6. Apabila kesemuanya sudah cukup masak,padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Mudah dan ringkas kan resepi ini.Cubalah.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB