Tuesday, 21 October 2014

Jeruk Mangga Asamboi jadi Trend popular kini.

Rata-rata yang ada akaun Facebook sah dah pernah tengok iklan yang terlintas di pandangan mata anda semua.

Menjadi trend dari seminggu lepas lagi dan ianya sangat menggoda pandangan malah mengiurkan anak tekak masing-masing.

Kalau diperhatikan lalu la jalan lorong mana pun tidak kira dibandar mahupun jalan kampung pokok mangga kini sedang musim berbuah. Begitu banyak hasil buah mangga disetiap pokok yang saya nampak.

Dan mungkin disebabkan fenomena ini musim buah mangga menjadi makanya terjadilah trending Jeruk Mangga Asamboi ini yang kini sedang berleluasa diperkatakan orang ramai.

Yang menjual pun ramai yang membuat snndiri pun ramai.Seronok pula saya tengok fenomena ini, zaman internet semua dihujung jari,dunia tanpa sempadan kini apapun boleh dikongsi akan terus disebarkan dengan segera.

Saya memang salah seorang hantu menyicah.Tak perlu tunggu saat mengandung pun saya memang dari dulu lagi kuat menyicah. Jadi bila tengok resepi ini maka mata anak tekak serta merta mengeluarkan satu perasaan aneh..hihihi

Kecur melihatnya malah terasa didalam anak mulut sudah walaupun hanya sekadar melihat gambar jeruk mangga asamboi sahaja.

Oklah saya kongsikan resepi bersama anda mungkin boleh dijadikan rujukan suatu hari nanti apabila terlintas difikiran hendak membuatnya sendiri pula.Terima kasih pada tuan punya gambar sebenar.halalkan perkongsian resepi ini hendaknya.

Kalau baikhati bolehlah hantar kepada saya barang sebalang dua jika menjadi resepinya itu.

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB