Monday 20 October 2014

Ceritera Kehamilan Kali Ketiga

Berita yang mengesahkan diri ini mengandung semula setelah melahirkan anak kedua dua tahun lepas amat dinantikan. Syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan kali ketiga ini.
Sebenarnya diri sudah menjangkakannya apabila kelewatan hampir dua minggu *sahabatbaik* setiap bulan tidak kunjung tiba. Hati mula terdetik adakah mungkinkah benarkah?persoalan bermain diminda. Lalu suarakan pada en.suami,dia juga merasa yang sama.

Memang sejak kebelakangan ini,saya telah lama mengamalkan secara konsisten vitamin tambahan dari jenama Shaklee.Jadi saya nekad meneruskannya dan memastikan ianya menjadi amalan seharian yang wajib kerana sebagai persiapan jika benar saya mengandung maka saya sudah siapsedia dengan bekalan nutrisi untuk saya dan bakal anak kami ini.

Genap 6minggu saya pergi membeli sendiri pek ujian airkencing untuk mendapat jawapan yang bermain difikiran ini. ALHAMDULILLAH tatkala garisan berganda menunjukkan diri saya mengucapkan syukur dan rasa terharu diatas kurniaan yang tiada tolok banding nilainya ini.

Oh yea saat saya memeriksa sendiri ujian itu suami tiada disisi kerana menjalankan tugas di luar kawasan.Saya hubungi suami dan menyatakan berita gembira ini dan dia memohon menanti saat dia pulang dan terus membuat pemeriksaan selanjutnya.yang lebih terperinci  di klinik pilihan keluarga kami. Hari dinanti tiba,anak sulung bagai kan tidak sabar ingin mengetahui keputusan sahih dari mulut doktor sendiri. Malah bila ujian pemeriksaan dijalankan kepada ibu, si kakak yang teruja melihat gambar diskrin yang memaparkan ketulan yang menyatakan ibu mengandung adikbaby.

Bercerita tentang kehamilan sehingga saat ini telah hampir 5bulan saya mengandung,syukur sama sekali saya ucapkan pada Allah swt. Saya tidak dibebani alahan yang teruk, masih mampu menguruskan diri sendiri, menjaga amanah lagi dua orang saat suami menjalankan tugasa diluar kawasan, tiada mengidam yang bukan-bukan malah senario ini sama sekali saat saya mengandung anak saya sebelum ini. Begitu memudahkan tiada yang begitu teruk buat diri saya yang mengandung ini.

Semua kerja dijalankan seperti biasa tiada yang lain malah terus giat aktif berniaga secara online dan offline. Dan saya juga akan memastikan saya wajin mengambil vitamin tambahan Shaklee untuk memenuhi keperluan nutrisi semasa saya hamil ini.

Kehamilan yang menerujakan diri dan keluarga juga.Lebih mengharapkan adikbaby berlainan jantina daripada kakak-kakaknya. Mudah-mudahan Allah swt mengizinkan. Namun lebih ingin mengharapkan agar kesihatan adikbaby terpelihara..itu lebih penting kan?

Saya pohon kalian terus mendoakan kesihatan saya dan adikbaby dalam kandungan ini sentiasa sehat walafiat dan bakal dilahirkan 4bulan akan datang kelak dengan selamat. Mudah-mudahan diperkenankan olehNya permintaan saya ini.
In sha Allah.

No comments:

Post a Comment

Like my FB