Wednesday, 1 October 2014

Tips dan Amalan Untuk Ibu yang sedang Hamil

Amalan Yang disarankan oleh Islam Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil,kita disarankan mengamalkan perkara-perkara yang digalakan oleh Islam.Mengamalkan amalan yang berlandaskan ajaran dan tidak bercanggah dengan Islam.

Menurut Ustazah Siti NorBahyah Mahamood diantara amalan yang disarankan dilakukan oleh pasangan suami isteri adalah :-


menadah tangan berdoa padaNya

  1. Sentiasa bertaubat dan beristigfar pada Allah swt
  2. Banyakkan berdoa pada Allah swt
  3. Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami berpuasa Isnin dan Khamis)
  4. Rajin bersolat wajib dan mengerjakan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan membaca buku ilmiah seperti Buku Kisah Nabi,Buku Kisah para Sahabat
  8. Berbual-bual bersama anak didalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan dirumah sebagai senaman untuk memudahkan proses bersalin
  10. Tidak terlalu tertekan atau stress
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami atau isteri
  12. Makan makanan yang halal dan baik.Bukan hanya makanan halal malah hasil dari pendapatan yang halal juga.
  13. Jauhi dari sifat dendam dan dengki
  14. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu
  15. Rajin mengukir senyuman
Dan perkara-perkara yang perlu dielakkan pula adalah :-
  1. Elakkan mengidam makanan yang kurang baik
  2. Elakkan makanan yang haram dan dari sumber yang haram
  3. Elakkan makanan yang berbisa.
  4. Suami harus elakkan melakukan perkara yang menyinggung perasaan isteri
  5. Elakkan penampilan yang tidak menarik didepan suami
  6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt
  7. Jauhi pertuturan yang negatif
  8. Jauhi membuka aurat
  9. Jauhi amalan khurafat dan menyesatkan
Apa pula amalan yang baik dan disarankan untuk ibu hamil?Antara amalan surah yang dibaca semasa mengandung.


  1. Baca surah Al-fatihah (untuk terang hati dan ingatan yang kuat)
  2. Surah Maryam (untuk memudahkan proses bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat)
  3. Surah Luqman (untuk dapatkan anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  4. Surah Yusuf (untuk peroleh anak yang cnatik rupa dan cantik akhlak)
  5. Surah Hujurat (untuk mendapat bekalan susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
  6. Surah Yaasin (untuk ketengangan hati dan peroleh anak yang tidka terpengaruh dengna godaan syaitan untuk berbuat maksiat)
  7. Surah At-taubah(untuk membersihkan hati dan idak terlibat dnegna maksiat)
  8. Surah an-Nahi (untuk lahirkan anak yang berdisiplin)

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB