Sunday 19 October 2014

Sehari di Legoland Resort Malaysia.

Assalamualaikum wrt semua....Alhamdulillah masih bersiaran didunia blog penuh santai penuh ceritera dari saya khas untuk anda peminat setia pembaca setia blog saya..(ada ker yg setia menanti blog ini diupdate??)

Ok saya teruskan penulisan kali ini dengan kisah keluarga saya yang tercinta. Sebenarnya kami telah lama merancang hendak membawa anak-anak ke Legoland ini.Malah ianya adalah salah satu wishlist(senarai impian) untuk tahun 2014 bagi diri saya sendiri. ALHAMDULILLAH tertunai juga akhirnya. 

Untuk yang mengenali saya, suami saya adalah seorang yang masa kerjanya tak sama dengan kebanyakan orang lain.. tiada istilah officehours untuknya.Kerjaya yang dikatakan tidak boleh dirancang bila percutian atau apa sahaja sekalipun kebanyakan masanya tidak boleh dirancang. Semuanya secara spontan. Sama kes juga dengan rancangan untuk bercuti ini. Jumaat kami merancang cari hotel,dari tawaran pakej yang sesuai di internet semampu dengan bajet yang kami peruntukkan untuk percutian ini. Bertanya pada kawan-kawan sana sini info-info menarik dan persediaan yang perlu diambil untuk percutian keluarga ini.

Hotel telah ditempah namun kami bersependapat suamiisteri agar harga pakej kami terus beli dikaunter Legoland itu sendiri. 
Perjalanan percutian kami bermula pada pagi hari Sabtu 10hb October.Jam 9pagi usai kami bersarapan ringkas di rumah perjalanan kami bermula. Sudah pasti anak-anak adalah insan yang paling gembira dan lebih bermakna bagi anak sulung saya ini adalah tempat yang sangat dihajati olehnya untuk pergi.Keterujaan terserlah dikala saat mengejut mereka bangun dipagihari begitu senang berbanding hari kebiasaan.

Perjalanan berjalan lancar syukur pada Allah swt kami selamat tiba dibandar Bukit Indah Johor Bahru jam 3petang.Singgah restoren Dapur Indah untuk mengisi perut yang sudah berbunyi dan terus melapormasuk ke hotel yang ditempah. Aktiviti hari ini hanya acara santai sesama keluarga merehatkan sori setelah hampir 5jam perjalanan untuk sampai ke sini. 

Esok paginya 11hb Oct'14 hari yang dinanti,selesai bersarapan dihotel kami teruskan misi perjalanan utama kami iaitu ke Legoland Malaysia.Perasaan gembira lebih kepada anak-anak (ibuayah pun teruja juga sebenarnye ).perjalanan tidak sampai setengah jam dari hotel penginapan kami. Yeay!!kami telah sampai ke Legoland 
akhirnya.Syukur... terus kami ke kaunter pembelian tiket. Lagi sekali rezeki buat kami sekeluarga,disaat mengira harga tiket dikaunter kami diberi berita bahawa pemegang kad Maybank dapat lagi diskaun 35% dari harga sebenar. Tawaran ini terhad sehingga 4hb Nov'14 sahaja (anda yang berhajat membawa keluarga bolehlah mengambil peluang penjimatan ini)hampir rm100 lebih juga kami jimat.Anak kami yang kedua tak perlu bayar untuk tiket masuk kecuali ke Water Theme
Park (untuk mandi-mandi) bayaran buat anak kedua hanya rm10. Kami memilih untuk pilih tiket Combo Pakej(water theme park dan play theme parkplay)dan kami dinasihatkan untuk bermain di kawasan mandimanda dahulu memandang cuaca kini tidak boleh dijangka. Maka pada saat hari cuaca elok kami dicadangkan bersukaria dahulu ditempat mandi kerna jika hujan tempat mandian akan ditutup.

Pada hari Ahad,bagi negeri Johor ianya adalah hari bekerja dan bersekolah disana. Makanya jumlah pelawat tidak begitu ramai malahan bila kami masuk suasana begitu tenang tidak begitu ramai orang tidak perlu bersesak sesama sendiri malah kami enjoy mencuba mainan yang ada disana. Puas kami bermandi manda mencuba se*anika permainan yang ada sehinggakan tidak menyedari waktu berlalu pergi. Seronok dan sangat santai.Saat jam menunjukkan waktu zohor telah masuk kami terus naik ke atas bersalin baju dan menunaikan solat serta terus mengisi perut yang sudah minta diisi sebelum meneruskan permainan di dry theme park pula. 

Ok penjelajahan permainan bermula.pelbagai jenis mainan yang ditawarkan. Anak kedua sudah melelapkan mata mungkin sudah puas bermain di tempat mandi tadi. Mujur kenalan menyarankan kami membawa stroller untuk kemudahan kami. Memang benar ianya sangat diperlukan. Memudahkan kami meneruskan aktiviti permainan kami juga.ada juga permainan yang tidak dapat kami cuba kerana faktor saya sendiri yang sedang mengandung amatlah tidak sesuai dan anak kami yang tidak mencukupi syarat ketinggian yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Namum jangan khuatir,banyak lagi pilihan mainan yang boleh anda pilih dan pasti anda teruja untuk mencubanya. Anda pasti tidak akan rasa menyesal,anda pasti akan teruja pada setiap sudut yang disediakan didalam taman tema ini. Begitu kreatif penghasilan yang dipamerkan. Saya begitu teruja malah rasa berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Malaysia dengan terbinanya taman tema penuh kebanggaan semua ini.

Banyak sungguh permainan yang disediakan dan anda pasti berpuashati setanding bayaran tiket yang telah anda bayar. Itu pandangan peribadi saya.selesai bermain dan puas mencuba begitu banyak permainan yang disediakan maka masa untuk pulang pun tiba. Anak-anak puas bermain malah kalau ditanya masih mahu meneruskan dan tidak mahu pulang jika diberi pilihan sebegitu. 

Alhamdulillah saya begitu puashati dengan percutian spontan keluarga kami ini. Apabila hajat anak berjaya direalisasikan maka sebagai ibubapa itulah dikatakan kebahagiaan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. 




No comments:

Post a Comment

Like my FB