Saturday, 5 April 2014

Resepi Gulai Telur Itik

Assalamualaikum wrt

Ok lama saya tak kongsi resepi mudah di sini.Jom kita mencuba satu lagi resepi mudah dan sedap ini.Mungkin boleh menjadi menu santapan keluarga anda pada hari minggu ini.Saya cukup sukakan gulai telur itik ini.Emak saya ada menceritakan kaitan gulai telur itik ini dengan diri saya.Pada hari saat emak terasa sakiti ingin melahirkan saya emak sempat memasak gulai telur itik ini dan tengah menggulai rasa sakit hendak bersalin datang dan terus emak tinggalkan gulai ini di dapur.Adakah kebarangkalian disebabkan cerita kejadian itu saya begitu meminati gulai telur itik ini?wallahualam



baiklah mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan

  • 6biji telur itik
  • 2kotak santan pekat
  • 2kotak kecil air
  • 2batang serai
  • 2helai daun kunyit
  • 10biji belimbing buluh
  • Garam

Bahan untuk ditumbuk lumat

  • Segenggam cili api
  • 2inci kunyit hidup
  • 1/2biji bawang besar
Cara untuk membuatnya pula

  1. Masukkan bahan tumbuk,serai dan secawan air kedlaam kuali.Masak sehingga airnya kering(tujuan untuk memasak cilinya agar tidak mudah sakit perut)
  2. Masukkan santan dan air.Masak menggunakan api sederhana dan pastikan sentiasa mengavau kuah supaya santan tidak pecah minyak.Bila santan sudah mendidih,amsukkan belimbing buluh,daun kunyit,garam penambah perasa.Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi.
  3. Perlahankan api dan pecahkan satu persatu di tempat yang berlainan.Biarkan sehingga telur masak.)Jangan dikacau biarkan sehingga telur sudah mengeras)Perlahan-lahan dan berhati hati agar telur tidak pecah dan melekat pada dasar kuali.
  4. Tutup api dan siap untuk dihidangkan pada keluarga
Selamat mencuba

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB