Wednesday, 9 April 2014

Kuetiaw Ladna penambat selera.

Assalamualaikum wrt. Ok hari ini kita bersantai sedikit dengan entri resepi yang ringkas mudah untuk disediakan dan semestinya sedaplah rasanya.Resepi yang diinovasikan menjadi sesuatu yang berlainan dari kebiasaan.Saya kurang pasti dari mana asalnya resepi ini namun ia berdekatan dengan style masakan kaum cina.tak ksiahlah asalkan ianya halal dan sedap.itu yang wajibnya.


thanks mr.gugel (perghhh melazatkan sampai tak nampak kuetiaw nya)


Jom kita selongkar resepi nya

Kuey Tow Ladna.

Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.


Cara-cara membuatnya


1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB