Wednesday 2 April 2014

Manfaat Si Kunyit Untuk Anda

Kunyit adalah salah satu rempah yang biasa digunakan terutamanya di dalam masakan dan sebagai jamu. Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan di dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab.


Ia juga herba penting di dalam sistem perubatan herba Cina dan India. Kini, ia telah diperakui oleh perubatan moden untuk mengubat pelbagai penyakit. Rahsia penawar daripada kunyit ini adalah daripada warna kuningnya yang dinamakan curcumin.
Daripada curcumin ini, ia memberikan manfaat-manfaat seperti:
  • Menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan dari serangan penyakit.
  • Menguatkan fungsi sistem tulang, sendi dan rangka badan
  • Membantu mengawal tahap kolesterol supaya berada pada tahap normal
  • Membantu menguatkan sistem perkumuhan badan (darah dan hati)
Bagaimana anda boleh mendapatkan kesan kunyit yang terbaik
Walaupun kebaikan dan manfaat kunyit ini telah diketahui ramai, namun ia tidak dipiawaikan dengan cara yang betul untuk kegunaan komersial. Selain itu, kunyit juga perlu diekstrak supaya khasiat curcumin dapat memberikan kesan dengan lebih baik berbanding kunyit yang tidak diekstrak.
Pengetahuan tentang kebaikan kunyit juga perlu diketahui secara ilmiah. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanan kunyit dan didapati sememangnya kunyit mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan:
1. Mampu melawan kanser
Kajian dari Universiti California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan dan dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser.
2. Berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak
Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit untuk pra-rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.
3. Bahan antioksidan berkuasa
Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.
4. Membantu melangsingkan badan
Khasiat teh hijau di dalam Pil Kunyit Anugerah boleh meningkatkan tahap oksidasi lemak di dalam badan dan seterusnya mempercepatkan metabolisme badan, jadi banyak kalori dibakar dan tiada lemak tersimpan.
5. Mengawal penyakit kencing manis
Teh hijau membantu mengawal tahap gula ketika gula di dalam darah naik mendadak selepas makan. Ini akan mengelakkan insulin dirembes ke dalam darah secara tidak terkawal yang boleh menyebabkan penyimpanan lemak.
6. Perlindungan dari penyakit jantung
Kajian dari saintis Switzerland mendapati teh hijau boleh mengawal perubahan tekanan di dalam salur darah serta menghalang pembentukan darah beku yang merupakan punca berlakunya serangan jantung.
Gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang mahukan kesihatan yang optimum dan juga untuk melegakan penyakit-penyakit kronik.
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Like my FB