Friday 7 February 2014

Tips buat pemakai kacamata

Assalamualaikum wrt.. pastinya ramai dikalangan anda diluar sana yang menjadi pemakai kacamata pada masakini.. begitu jua dengan saya.

Walaupun kamu memakai kacamata namun usahlah membiarkan masalah rabun yang dihadapi terus meningkat sehingga membataskan penglihatan dan pergerakan kamu.

Beberapa langkah untuk menjaga kesihatan mata ingin saya kongsikan dimana boleh dijadikan panduan untuk menjaga mata agar terus sihat. Mungkin tips ini mampu membantu kamu bebas daripada memakai kacamata selepas ini mana tahu kan?

5tips istimewa buat anda

1.Kawal berat badan
Oksigen yang mencukupi mampu memastikan peredaran darah yang baik untuk mata. Anda perlu mendapatkan kualiti tidur yang baik untuk merehatkan salah satu organ penting yang dikurniakan oleh Allah swt. Selain itu berat badan perlu dikawal supaya tidak tergolong dalam golongan yang menghidap obesiti yang menjadi antara penyebab kepada masalah rabun.

2.Katakan TIDAK pada rokok
Ramai yang mengakui sukar untuk berhenti merokok. Disini saya sarankan beberapa langkah paling mudah.,antaranya anda menggantikan tabiat merokok dengan mengunyah gula-gula pengganti nikotin yang mudah didapati dipasaran terutamanya dirangkaian farmasi.
Anda perlu sedar, bahaya menghisap rokok bukan sahaja boleh menyerang jantung malah boleh menyebabkan katarak sehingga mata boleh menjadi buta. Takut kan??

3.Gunakan kanta sinar UV
Sinaran UV boleh merosakkan mata meningkatkan risiko mendapat katarak yang teruk.Ketika berada diluar atau sedang melakukan aktiviti dibawah cuaca panas, anda digalakkan menggunakan kacamata sinar UV untuk menghalang cahaya matahari daripada merosakkan pandangan.

4.Pemakanan seimbang
Lobak merah adalah  salah satu makanan yang terbaik untuk kesihatan mata anda. Pengambilam pemakanan yang sihat dan seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengawal masalah kerabunan kamu daripada bertambah teruk.

Mudahkan tips yang saya kongsikan ini. Anda boleh jadikan amalan seharian untuk mendapatkan kesihatan mata yang optimum. In sha Allah.

No comments:

Post a Comment

Like my FB