Monday 27 February 2017

PEMERGIAN YANG TIDAK AKAN KEMBALI

27.02.2016

Terkenang kembali imbasan kisah yang terjadi setahun yang lalu.Masih segar diingatan dan malam ini satu persatu ku kenangkan kembali sehingga airmata mengalir tanpa kusedari.

Genap 24hari ayah ditempatkan di wad HDU tingkat 7B katil 6 Hospital Permaisuri Bainun,Ipoh Perak.Keadaan ayah masih sama tiada perubahan ketara malah merosot paras kesihatannya.Dan petang Jumaat nurse mengarahkan agar aku dan Mak datang seawal pagi esok(Sabtu) untuk berjumpa dengan doktor yang bertanggungjawab ke atas ayah.

Seawal pagi kami (familyku+Mak) bergegas ke hospital.Suami hanya menghantar dan terus membawa anak-anak balik ke rumah mertua.Alhamdulillah suami dapat kembali dari lautan setelah dua minggu ayah di hospital.Syukur pihak syarikatnya membenarkannya kembali.

Kami berdua naik ke atas menanti doktor yang hendak berjumpa.Dalam hati penuh debar tertanya apakah yang akan doktor sampaikan.Keadaan ayah ketika itu memang kurang stabil dan tidak memberi sebarang respon kepada semua.Kami terus berdoa mohon padaNya agar memudahkan segala urusan.Tatkala menunggu doctor hadir kami mengaji dan saat itu teman sebelah katil ayah menghembuskan nafas terakhirnya.

Kemudian doktor datang kepada kami.pada mulanya ok lagi sehingga doktor keluarkan result ct scan yang baru dibuat.Penerangan diberikan dan melihat dari filem xray mula doktor menyatakan ketulan nanah ditempurung kelapa telah tiada.Fuh lega ku terus ucapkan kata syukur.Namun selepas itu doktor cakap TAPI kak.....ketulan itu telah masuk ke dalam kawasan air didalam otak dan telah menyebabkan ianya tersebar keseluruh tubuh ayah.Allahuakbar lemah longlai aku mendengar perkhabaran itu.

Lalu doktor terus terang menyatakan kami telah lakukan sehabis baik tapi kini kami tidak mahu menyeksa ayah kakak dan kami  membuat keputusan hentikan sebarang ubatan dan rawatan terhadap ayah kakak dan kita biarkan sehingga akhir jantungnya berdenyut.Saat itu aku rasa bagai hendak rebah.Bukan bagao lagi memang aku terduduk.Sehingga adik nurse memeluk dan membisikkan kata akak kena kuat demi Mak akak.Dengar kata itu aku terus bangkit.Aku mengelap airmata dan mohon keluar dari wad.Mak teruskan mengaji disisi ayah.Aku biarkan Mak bersama ayah.

Keluar wad terus telefon semua adik beradik saudara mara semua mohon doa dan mengabarkan apa yang telah doktoe sampaikan.Hari itu badanku rasa melayang bercakap pun bagai tidak bersuara.Lemah selemahnya namun aku kena kuat menanti kepulangan adik beradik yang jauh aku kena bersama Mak.

Saudara mara penuh hadir ke hospital sehingga malam wad ayah dibenarkan masuk oleh waris keluarga tiada halangan.Malam itu aku pulang ke rumah kerana ketiga-tiga anakku tidak sihat mahu membawa mereka ke klinik.Sebelum pulang aku salam aku kucup aku peluk ayah seakan aku merasai itu kali terakhir aku bersamanya.Berat hati meninggalkan nya namun aku terpaksa pulang.Aku bisikan mohon kemaafan darinya.

28.02.2016

Usai solat subuh aku terus mencapai telefon menanya khabar ayah.Masih sama balasan adikku.Kami buat keputusan mahu hantar anak ke rumah mertua dan terus ke hospital pagi ini.Namun tidak berapa lama selepas itu adikku menelefon dan mengkabarkan Ayah Telah Tiada..Allahuakbar...
innalillahiwainilahirojiun...kembalinya ayah mengadap penciptaNya.

Urusan dihospital adik beradik uruskan aku terus ambil keputusan terus pulang ke kampung rumah mak ayah.Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan semua berjalan dengan lancar dengan begitu mudah sekali.Syukur Alhamdulillah rezeki ayah.Usai waktu Zohor jenazah ayah selamat dikebumikan.

Perginya insan tersayang..perginya kini insan yang tiada pengganti.Ampuni ayahku ampuni dosanya tempatkannya bersama golongan beriman.In sha Allah.
Tenanglah dikau disana ayahku
HAJI ABDUL GHANI HJ ABDUL SYUKOR

Anakmu yang terlalu merindu
FAZILLAH ABDUL GHANI

No comments:

Post a Comment

Like my FB