Monday, 24 March 2014

Resepi Ayam Empanadas

Assalamualaikum wrt.

Agak lama saya tidak berkongsi resepi ringkas mudah namun menyihatkan disini kan..baiklah hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah untuk anda.

Empanadas adalah salah satu makanan ringan masyarakat Filipina.Hidangan ini kaya dengan protein dan vitamin D.

Ianya menggunakan kaedah bakar dan tidak menggunakan minyak.Hidangan yang sihat kan?



Mari saya kongsikan resepi mudah ringkas tetapi menyihatkan ini kepada anda.

Bahan-bahan menbuat doh

1.4cawan tepung gandum
2.2biji telur
3.2sudu besar marjerin
4.1/2sudu teh garam
5.1 cawan air

Bahan-bahan untuk inti

1.Isi ayam panggang yang telah dicarik
2.1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3.1 biji cili benggala
4.4 keping keju cheddar

Cara penyediaan

1.Untuk membuat doh ,tepung gandum dan telur dimasukkan kedalam bekas adunan

2.Kemudian uli seperti mahu membuat adunan doh karipap.

3.Inti pula disediakan.Panggang ayam,carikkan perasakan dengan garam dan paprika.

4.Campurkan inti bersama lada benggala dan keju

5.Kemudian canai doh tekap menjadi bulat masukkan ini dan kelim bahagian tepi doh supaya tidak terbuka.sapukan sedikit dengan telur kuning untuk mencantikkannya.

6.Bakar dalam ketukar pada suhu 160c selama 30minit.

7.Siap untuk dihidangkan.

Boleh dijadikan hidangan minum pagi mahupun petang dan dihidangkan bersama air teh o panas suam dan dinikmati bersama keluarga tercinta.Sangat terbaik.

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com




1 comment:

Follow Fazi

Like my FB