Saturday, 28 September 2013

Sambal Hitam Pahang-makanan tradisi pembuka selera

Assalamualaikum wrt

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu resepi makanan tradisi orang lama yang begitu simple tetapi dapat membuka selera dan sangatlah sedap apabila dimakan bersama nasi panas-panas tambah sedikit ikan masin goreng.Memang terangkat.nak dijadikan cerita,di rumah opah saya dikampung ada sebuah pokok belimbing buluh ini yang sangatlah rajin berbuah dengna lebatnya.Sehinggakan kami da muak untuk memakannya sebab setiap kali dia berbuah masak lemak pasti dimasukkan belimbing ini.Tak dinafikan memanglah sebab cuma bila dan selalu naik muak jugak rasanya kan.Bulan ini pokok belimbing kesayangan opah saya itu berbuah sekali lagi dengan banyaknya kami pandang sepi hilang keterujaan bila sudah selalu dapat.macam inilah manusia tidak bersyukur kan. Pada suatu hari,sisipan dari akhbar Kosmo mengeluarkan saturesepi ringkas mudah dan sedap iaitu Sambal Hitam Pahang namanya.Melihat pada bahan-bahan dan cara pembuatan tidaklah begitu sukar.Kami pun mencuba dan ternyata selepas ini hasil buah dari pokok kesayangan opah tidak akan disia-siakan.

Mari saya kongsikan resepi sambal hitam ini.

Bahan-bahan (untuk 4-5orang makan)

~ satu mangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan
~ 10-15 ulas buah belimbing buluh yang telah siap direbus (rebuskan tanpa air)
~ cili padi )ikut tahap kepedasan selera anda)
~ 1biji bawang besar (dihiris nipis/diblender)
~ sedikit garam (perisa)

Cara-cara


  1. tumbuk cili padi sehingga lumat
  2. masukkan ikan bilis dan ditumbuk bersama sehing 70% lumat
  3. panaskan minyak,tuminskan bawang besar terlebih dahulu
  4. kemudian masukkan semua bahan yang telah siap ditumbuk
  5. masukkan belimbing.(pastikan anda terus mengacau masakan supaya tidak hangit,tambahkan minyak jika terlalu kering)
  6. Siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba.



2 comments:

Follow Fazi

Like my FB