Friday 5 May 2017

Sebaik mungkin mahu melihat anak gembira

Setiap ibubapa didunia ini mahu melihat anaknya gembira.Senyuman terukir apabila hajat dihati dapat dilaksanakan.Itulah amanah yang perlu ibuayah perlu hargai sentiasa.Selagi nyawa dikandung badan sentiasa ingin melihat anak syurgaku berada didalam keadaan gembira.

Ikutkan tarikh harijadi anak kedua kami lambat lagi. 10.6 nanti namum kerana jatuhnya pada bulan Ramadhan makanya tiada sambutan akan dibuat ditadika.Tahun ini tahun kedua tiada sambutan untuknya.Tiapkali ada kawan buat sambutan disekolah #amniqahirah selalu balik dan bertanya dengan soalan sedih.Ibu bila harijadi amni?lambatnya dari dulu tak ada.Amni nak potong kek kasi kawan-kawan.

Anak baru berusia 5tahun apa sahaja yang dimengertikannya.Akhirnya ibu dapat satu idea untuk awalkan sambutan harijadinya sebulan lebih awal dari tarikh sebenar.
Sementelah ayah juga ada didaratan eloklah kiranya buat sekaligus.

Idea datang 2hari sebelum kejadian terus tempah kek.Birthday girl request kek bertema Elsa Frozen.Layankan permintaannya.Alhamdulillah dikawasan perumahan saya ada teman yang handal bab pembuatan kek ini.Syukur dipermudahkan.

Esoknya kami ke pekan lama Ipoh untuk beli barang yang hendak dimasukkan deadpan goodies bag untuk Amni berikan pada kawan-kawan.

Jom layan gambar sepanjang majlis kecilan kami pagi tadi ditadika Amni.







Alhamdulillah selesai majlis sederhana ini.Senyumannya memberi erti kebahagiaan buat ibu ayah.Moga AmniQahirah diberi kerahmatan dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.In sha Allah

No comments:

Post a Comment

Like my FB