Monday, 1 September 2014

Set Menyusu Shaklee Punca Saya Kenal SHAKLEE

  5tahun lepas,saya dianugerahkan permata hati sulung saya Afrina Balqis Mohd Syuhairi.Saat dari dia dalam kandungan niat dalam hati hendak menyusukan bayi sulung saya dengan susu ibu sepenuhnya. Walaupun saya bekerja,saya yakin dan nekad saya pasti boleh menyusukan anak saya sepenuhnya. Hasrat saya sampaikan pada suami saya, Alhamdulillah suami memberi sokongan sepenuhnya bila saya ceritakan kebaikan penyusuan terhadap bayi.  
Sepanjang kehamilan saya suka mengumpul info-info penyusuan. Membaca dan mencari ilmu tentang penyusuan yang berjaya bagi seorang ibu yang bekerja.Saya bertanya kepada kawan-kawan yang telah berjaya menyusukan anak mereka walaupun mereka bekerja. Di pejabat,saya melihat sendiri kesungguhan mereka mengepam disurau saat bekerja terpaksa berjauhan dengan anak tetapi masih mampu membekalkan susuibu sepenuhnya untuk keperluan bayi mereka. SAYA SANGAT KAGUM dan perasaan saya  meluap-luap dan tidak sabar menanti saat itu hadir.

Saat ditunggu tiba,misi penyusuan bayi saya bermula. Pengumpulan stok susuibu semasa didalam masa berpantang saya teruskan. Alhamdulillah saya dapat mengumpul banyak stok dan berdoa ianya cukup buat keperluan bayi saya.Cukup habis berpantang,saya terpaksa masuk bekerja. Meninggalkan anak dibawah jagaan ibu saya sendiri.Permulaan yang baik bersama stok yang disimpan memang mencukupi.Namun bila mula bekerja tekanan sana sini,bebanan kerja, tekanan perasaan kadangkala mengganggu pengeluaran susuibu saat saya mengepam. 

Mula pula perasaan susah hati bermain didalam hati.Ada yang menyuruh saya campur susu formula bagi menampung ketidakcukupan susuibu kepada anak saya. Bertambah lagi tekanan perasaan saya.Sedangkan hati kuat hendak meneruskan misi penyusuan susuibu sepenuhnya kepada anak saya yang bakal membesar. Saya tahu banyak kelebihan dan kebaikan bagi anak kecil yang disusukan sepenuhnya dengan  susuibu.Dan bermula saat itulah saya mengenali set penyusuan Shaklee ini. Hasil satu carian saya di internet yang mencari supplement yang boleh membantu menambah pengeluaran susuibu saya bagi mencapaikan misi penyusuan saya iaitu sekurangnya sehingga anak saya berusia 2tahun.Bila pencarian bermula,kebanyakan semua artikel yang keluar mencadangkan pengambilan set menyusu Shaklee.Setelah yakin dengan keputusan sendiri saya membuat pesanan di mentor saya Master Lyna Noh sendiri.

Set permulaan yang saya cuba hanyalah dua produk asas yang dipanggil Milk Booster iaitu Energizing Soy Protein dan Alfalfa Complex.

Dipendekkan cerita,syukur memnag nampak perubahan dengan hasil pengeluaran susuibu saya setelah mengambil supplement ini.Namun teknik asas penyusuan tetap saya lakukan dan buakan sekadar mengharap mengambil set asa penyusuan Shaklee ini sahaja.Pengambilan air yang cukup,sessi mengepam dikala anak tiada disisi semasa waktu bekerja semua harus dilakukan jua.Jangan salah anggap pula dengan pengambilan supplement ini teknik asas boleh diabaikan.Kini saya masih meneruskan pengambilan Set Menyusu Shaklee terhadap anak kedua pula.

SET PENYUSUAN LENGKAP 3M

Set diatas ini adalah set lengkap yang merangkumi sebagai milk booster,bekalan supplement lengkap,bekalan kalsium dan bekalan penambahan tenaga.Ia adalah set lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan ktia sepanjang tempoh penyusuan dan membantu seimbangkan sumber nutrien yang diperlukan oleh si ibu dan anak yang disusukan.

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554 untuk dapatkannya segera
No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com
FB : fazillah.abdulghani Page di FB : Tips-Suri-HebatKeluarga-Sihat



No comments:

Post a Comment

Follow Fazi

Like my FB