Wednesday, 1 July 2015

Panduan Urusan Diet Di Bulan Ramadhan Agar Tampak Langsing Di Pagiraya

Bulan Ramadhan sinonim dijadikan masa terbaik untuk mendisiplinkan diri terutamanya pada mereka yang hendak sangat berdiet dengan baik,Sepanjang bulan Ramadhan kita boleh mulakan dengan mengamalkan diet yang seharusnya sederhana,ringaks dan seimbang.

Ramai yang mengambil kesempatan pada bulan ini untuk mencapai target berat badan ideal masing-masing.Betul tak?anda juga termasuk dalam gologan yang disebut tak?Jangan risau itu sesuatu yang normal.Saya juga begitu hi hi hi.Bila masuk bulan puasa ini secara automatiknya waktu makan kita berubah menjadi dua sahaja waktu hidangan iaitu waktu sahur dan waktu berbuka kan jadi bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan inilah waktu yang terbaik kerana masa ini lah pengambilan kalori berkurangan berbanding dengan hari-hari biasa.

beza pengambilan kalori pada hari biasa dan bulan puasa adalah sekitar 500 hingga 800kcal bersamaan pengurangan lemak sebanyak 50 hingga 80gram sehari.Bayangkan dalan bulan puasa ini kita dapat mengurangkan pengambilan kalori dan dalam masa sama ianya dapat mengurangkan berat badan juga.Suka tak?

8 Cara Diet Yang Berkualiti 

~ makan pelbagai jenis dalam kualiti yang sederhana

~ utamakan makanan berserat

~ kurangkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak

~ pilih makanan yang kurang garam

~ kurangkan mengambil makanan dan minuman yang manis

~ lebihkan sayuran dan buah-buahan

~ jangan terlalu obses dalam pengambilan makanan

~ minum air kosong secukupnya

PANDUAN BERSAHUR

  • lebih ringkas dan ringan.Jangan tidak bersahur pula yer
  • makan makanan berasaskan bijirin seperti oat,roti gandum penuh
  • kurangkan makanan pedas
  • banyakkan minum air kosong
  • lebihkan sayur-sayuran
Cadangan Menu Bersahur
  • nasi putih suku atau separuh sahaja
  • sup
  • minuman tanpa gula atau air kosong
  • lauk kurang lemak atau bersantan
  • kurma atau buah-buahan
PANDUAN BERBUKA
  • segerakan berbuka
  • mulakan dengan mengambil kurma
  • elakkan makanan kering seperti asam atau junkfood
  • lebihkan sayuran dan buahan
  • elakkan makanan berkafein kerana ia mengganggu penyerapan nutrien yang diperlukan tubuh
  • elakkan mulakan dengan kuih muih yang manis
Cadangan Menu Berbuka
  •  satu atau dua biji kurma
  • nasi putih suku atau separuh
  • minuman tanpa gula dan tanpa kafein
  • sayur-sayuran
  • lauk kurang lemak kurang bersantan kurang garam
  • buah-buahan
Panduan sudah diberi cadangan menu juga sudah dikongsi,saya harap ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam merealisasikan impian anda agar tampak langsing di pagiraya kelak.

Jumpa di entri lain 

Fazillah Abdul Ghani 
Shaklee Independent Distributor. 
017-3150252









1 comment:

  1. Alhamdulillah, Salam musim. Ini adalah untuk memberitahukan Anda bahwa Alex Scofield Company, sebuah perusahaan pinjaman swasta multi-miliar telah membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan pada akhirnya ini musim tahun. kami memberikan pinjaman dari $ 10.000 sampai $ 500.000 dengan tingkat bunga 1% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan dimengerti. Hubungi kami hari ini di: alexscofield2852@gmail.com

    ReplyDelete

Follow Fazi

Like my FB