Tuesday 22 October 2013

Resepi Kek Coklat Moist yang simple dan yummies!

Assalamualaikum wrt suri-suri hebat,hari ini saya ingin berkongsi lagi satu resepi simple yang sedap dan tak mengambil masa yang lama untuk membuatnya.Coklat kek menjadi kegemaran ramai,bukan setakat anak-anak kite orang dewasa sendiri bila sampai masa teringin hendak makan macam tak tentu arah jadinya.Daripada asyik hendak membeli,apa kata kita tukar cara pula bila tiba waktu teringin kita terus ke dapur membuatnya sendiri.Air tangan kita sendiri bila dinikmati terasa lebih indahnya dan lebih dihargai berbanding terus membeli diluar sana.Resepi yang ringkas dan mudah tak salah untuk kita sendiri mencuba.Bakat perlu diasah kan?OK mari saya sediakan respei kek coklat kukus yang mudah ini untuk anda.

Bahan-bahan yang diperlukan :-)

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan susu pekat(boleh kurangkan sedikit jika anda kurang suka manis2)
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak

Bahan B
4biji telur

Bahan C 
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara pembuatannya :-)

1. Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak sebentar cukup sekadar mencairkan gula.Jangan sehingga mendidih.

2.Pukul telur hingga kembang

3.Ayak bahan C.Kemudian campurkan bahan A dan telur kedalam tepung secara berselang seli.Kaedah kaup balik sehingga rata adunan.

4.Masukkan adunan ke dalam loyang.Untuk tidak membenarkan air kukusan masuk ke dalam adunan anda boleh tutup loyang menggunakan aluminium foil ataupun letak kain dipenutup kukus.Kukus selama setengah jam.Guna lici cucuk ditengah untuk melihat samada kek sudah masak sempurna atau tidak.

5.Untuk topping : 1/2 cawan susu pekat + 1/4 cawan serbuk koko + 2sudu besar butter + 1/4 cawan susu cair.Satukan dan masak secara double boiling.Setelah itu curahkan ke atas kek yang telah siap dikeluarkan dari loyang.Hias kek mengikut kreativitimu

Sekian..yummies selamat mencuba resepi mudah ini.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com








No comments:

Post a Comment

Like my FB