Saturday 26 October 2013

Memanjat Gunung Satu Aktiviti Hobi Yang Sihat

Assalamualaikum wrt suri-suri hebat yang senantiasa berada di bawah peliharaan Yang Maha Pelindung lagi Maha Penyayang.Hari ini saya ingin berkongsi pula dengan anda semua salah satu hobi yang saya lakukan semasa saya bekerja dahulu.Sebelum mendirikan rumahtangga saya agak aktif berpersatuan.Di tempat kerja saya menyertai persatuan sukan yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bekerja.Dari situ bermulalah minat saya dalam aktivit memanjat gunung ini.Hobi yang lazimnya bukan semua orang mampu dan ingin lakukan.Ini kerana aktiviti ini sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dari aspek fizikal dan rohani.
Banyak dugaan yang menanti dan anda harus bersedia menghadapi dugaan yang bakal menjelma.


Aktiviti yang penuh kesukaran dan menanti pelbagai cabaran yang bakal menanti ini bakal terubat dan terbayar penat lelahnya saat dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya dari mula dikaki gunung sehingga ke puncak.Melalui kawasan hutan yang penuh dengan keindahan,kawasan air terjun yang mendamaikan da nsehinggalah ke puncak perasaan tenang,bebas puas adalah perasaan yang sukar digambarkan.Segala usaha penat lelah yang dikorbankan saat mula perjalanan memanjat terbalas bila menikmati keindahan panorama dari puncak gunung.Cuba anda bayangkan dapat makan dapat minum di kawasa natas tinggi dari kehidupan biasa sambil menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam dari puncak,melihat hamparan luas dari kawasan tinggi oh indahnya.hanya mereka yang berjaya melepasi dan sampai ke puncak dapat menikmati.

Tetapi bukan itu sahaja yang dapat definasikan kepada aktiviti memanjat gunung ini.Sebenarnya ia lebih kepada aktiviti kesihatan yang sangat bagus.Aktiviti ini menyumbangkan faedah besar buat diri si pemanjat gunung itu sendiri.Ianya bakal mempertahankan kekuatan jantung anda,mengimbangi berat badan serta dapat mengawal diabetis.

Disamping memberi banyak faedah kepada kesihatan,aktiviti ini juga memupuk semangat silaturrahim sesama teman rakan sepasukan dan juga dapat menambah kenala baru yang juga mempunyai minat yang sama.Halangan demi halangan bakal dikongsi bersama rakan sepasukan bagaikan bidalan menyatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Dan aktiviti ini juga menunjukan seberat manapu ncabaran yang akan ditempohi hanya mereka yang mampu melawan dan bersifat optimis dan bermotivasi,kita pasti mampu mengggapai misi sampai ke puncak.

Sebelum memulakan aktiviti hendaklah pastikan keadaan diri benar-benar sihat.Disarankan melakukan aktiviti sukan seperti berjogging,berenang dan senaman-senaman yang mampu menguatkan fizikal dan mental.Jangan terusan memanjat tanap persediaan kelak akan membinasakan diri anda sendiri.

Seronok sebenarnya memanjat gunung ini,pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata sebenarnya.Sudah lama saya tidak menyertai melakukan aktiviti ini.Rindu sebenarnya namun komitmen pada anak-anak yang masih kecil dan berkeluarga buatkan saya terpaksa lupakan seketika aktiviti sihat ini.Mungkin kelak saat anak telah dewasa mana satu saya akan kembali bersosial dengan aktiviti aktiviti sihat sebegini bersama keluarga pula.In Sha Allah.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com











No comments:

Post a Comment

Like my FB