Sunday 27 October 2013

Manfaat Kesihatan KELEDEK


Hari ini sayang ingin berkongi dengan anda semua artikel kesihatan mengenai manfaat yang anda peroleh dari UBI KELEDEK.Sering kita hanya tahu makan tanpa kita tahu manfaat yang kita dapat hasil dari pemakanan kita itu.Mari kini kita mula belajar apa yang masuk dalam mulut kita supaya lebih terasa kenikmatan rezeki itu.

  1. Kaya Vitamin B - yang berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein didalam tubuh.Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degenaratif termasuklah serangan jantung.
  2. Sumber Terbaik Vitamin C - Kamdungan vitamin C meningkatkan penyembuhan,menghasilkan kolagen yang dapat membantu mengekalkan ketegangan kulit agar sentiasa lebih muda dan sihat.Vitamin C juga penting untuk membantu mengawal stres selain membantu melindungi tubuh daripada toksin yang boleh menyebabkan kanser
  3. Mengnadungi Vitamin D - yang memainkan peranan terhadap kadar tenaga didalam tubuh dan emosi diri.Selain itu,vitaimn D juga membantu membina tulang,jantung,saraf,kulit dan gigi yang kuat dan sihat serta menyokong kelenjar tiriod
  4. Zat Besi - Ramai yang menyedari keperluan mineral ini didalam tubuh bagi mendpatkan tenaga yang mencukupi.Namun zat besi juga memainkan peranan penting didalam tubuh kita iaitu dalam penghasilan sel darah putih dan sel darah merah.Bukan itu sahaja,ia juga membantu dalam pengawalan stress dan memastikan sistem imun berfungsi dengan baik disamping memetabolismekan protein.
  5. Keledek manis juga sebagai sumber magnesium yang baik dimana ia memberi relaksasi kepada tubuh dan sebagai anti-stress.Magnesium ini pentign untuk kesihatan arteri,darah ,tulang,jantung,otot dan fungsi saraf.
  6. Sumber potassium dimana ia adalah salah satu elektrolit penting yang membantu mengawal kadar degupan jantung serta signal saraf.
  7. Rasa manis keledek ia adalah rasa semulajadi.Kandungan gula didalamnya dikeluarkan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah,membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula dalam tubuh badan yangb iasa dikaitkan dengna kenaikan berat badan dan keletihan
  8. Warna oren pada keledek menunjukkan bahawa keledek ini kaya dengan karoten seperti beta karoten dan lain-lain yakni memdominasikan vitamin A didalam tubuh.Kesemua karoten ini membantu meningkatkan kadar penglihatan dan emningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit.Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk menjauhi kanser di smapign melindungi tubuh daripada kesan penuaan
  9. Bersifat versatil,bermaksud ia sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai jenis kaedah memasak sam ada dipanggang,dikukus atau dijadikan puri,Anda juga boleh tambahkan idalam sup ta ustew,dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah didalam salad sayur sayuran anda.Juga boleh jadikan ia sebagai puri untuk idtambah didalam smoothies mahupun hidangna bakar yang lain
Alhamdulillah semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit info yang berguna untuk anda suri-suri hebat sekalian.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Like my FB