Monday 18 August 2014

[Kisah 5Tahun lepas-17&180809]

Assalamualaikum wrt semua..

ALHAMDULILLAH masih diberi kesempatan menulis didalam blog kesayangan ini.

Arini teringin mengimbas kembali kenangan yang terukir pada 5tahun lepas yang sehingga kini masih segar diingatan..

170809
Hari ini hari checkup ibu yang da genap 38minggu mengandung anak sulung yang dinanti. Balik checkup ngn ayah ok dan tiada hendak bersalin. Petang hari dirumah nenek, ibu check ada tanda darah keluar. Tanya kepada nenk dan nenek cakap itu mungkin tanda hendak bersalin. Walaupun tak ada rasa sakit pun tapi sebagai yang tidak ada pengalaman ibu ikut kata nenek supaya refer ker hospital. Zasss ke hospital, sampai sana da masuk sessi petang. Nurse bertugas sarankan ibu ditahan untuk pemantauan seterusnya. Alamak cuak pulak kene duduk dihospital. Ayah teman diluar wad sepanjang malam. Sempat mintak ayah belikan ibu Nasi goreng sebab kelaparan melanda diri ibu.. masih tiada tanda kesakitan untuk melahirkan pun yang menjelma. Malam itu ketiduran dihospital.

180809

Bangun pagi seperti biasa masih tiada sakit yang datang. Ayah datang bertanya macamana ibu cakap belum lagi sebab tiada rasa sakit apa pun lagi. Apapun kene tunggu doktor bertugas periksa dahulu. Dalam area jam 10pagi doktor Niza datang buat pemeriksaan. Dia pun gelak tengok ibu langsung tiada tanda hendak melahirkan. Doc.niza sarankan ibu keluar hospital dahulu tapi datang kembali jika terasa sakit atau mengalami tanda untuk melahirkan.
Siap-siap nak keluar hospital. Tersenyum dalam hati seronok dapat keluar hospital. Tak suka betul duduk hospital. Sampai rumah nenek makan tengahari sempat jamu selera bersama keluarga. Arwah opah pun ada sekali masa itu.

Tup2 selesai makan tengahari,ibu mula terasa kesakitan yang amat sangat. Argghhhh ini kah tanda orang nak bersalin?bagaikan terasa mahu putus nyawa. Ayah da cuak biar betul tadi kemain seronok dapat keluar hospital ini da meraung kesakitan. Ayah telefon doc.niza bertanya.Doc.niza sarankan hantar ibu dengan kadar segera.

Ayah pandu kereta ke hospital selaju mungkin tapi terkawal. Ibu duduk dibelakang bersama nenek. Nenek urut ibu untuk redakan kesakitan tapi rasa tak membantu. Ya Allah kesakitan dia memang tak dapat nak digambarkan. Ini lah pengorbanan.Sampai dihospital salin baju terus masuk bilik bersalin (labour room) di hospital PPUM.

Salam tangan nenek.. salam tangan ayah mohon keampunan dan doa dipermudahkan. Syahdu ibu rasa masa itu. Ibu bersedia untuk bertarung nyawa. Masuk bilik bersalin ada dua lagi sahabat sedang bertarung. Cuaknya perasaan ibu ketika itu. Kanan ibu sedang menjerit.. kiri ibu sedang meneran.ibu sendiri tak tahu apa perlu dilakukan waktu ini.pengalaman pertama kan... ibu teruskan berdoa dalam hati dan berzikir mohon pertolongan dariNya.

Jam 6 petang macam tu,ibu selamat melahirkan seorang baby perempuan seberat 3.33kg...Alhamdulillah syukur.. airmata kegembiraan turun sendiri tanpa sedar. Bagaikan tidak percaya ibu diberi anugerah terindah ini dariNya.

Baby girl yang bijak tembam putih macam anak cina mata sepet diletakkan diatas dada ibu,terus mencari nenen untuk menyusu,bijaknya dia....Alhamdulillah hospital PPUM adalah hospital mesra penyusuan bayi.jadi kita memang diwajibkan menyusukan anak kita sendiri tiada susu tepung disediakan.selepas dapat menyusukan baby ibu,nurse ambil baby untuk dibersihkan dan ibu terus lena sedar-sedar dah sampai ke dalam wad dan lihat nenek ngn ayah da ada disisi ibu.

Alhamdulillah syukur syukur.. hari ini genap usia Afrina Balqis Mohd Syuhairi lahir dalam kehidupan ibu ayah. Ibu senantiasa mendoakan kebaikan untuk kakak didunia dan diakhirat.. in sha Allah.

Happy birthday kakak.. love u so much.



No comments:

Post a Comment

Like my FB