Tuesday 19 August 2014

Ujian HIV untuk IBU MENGANDUNG


Assalamualaikum wrt semua ,salam sejahtera buat anda kesayangan saya.
Moga kehadiran hari ini akan menjadikan ianya lebih baik dari semalam.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita masih lagi bernafas diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dibumi bertuah ini.Alhamdulillah masih diberi kesempatan menebus kesilapan yang telah dilakukan dahulu.

hari ini saya ingin kongsikan info salah satu ujian yang perlu dilakukan perlu dijalani oleh ibu mengandung.Ianya amat penting walaupun ada sebahagian dari kita beranggapan ianya tak perlu memandang dari segi kehidupan kita sendiri sudah boleh dijangka keputusan yang diterima.Ini bertujuan jika benar anda pembawa atau dijangkiti langkah pengawasan akan diambil dan diberikan supaya tidak akan terjangkit kepada bayi yang dikandung atau dilahirkan kelak.

HIV adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS.Orang yang dijangkiti kuman HIV boleh kelihatan dan berasa sihat untuk jangka masa yang panjang (3-10tahun) sebelum seseorang itu mengalami gangguan kesihatannya.

Apakah ujian HIV?
  • Ujian yang dapat mengesan antibodi HIV didalam tubuh badan seseorang
  • Antibodi HIV adalah penahan imun yang dikeluarkan badan untuk melawan kuman HIV
  • Jika ujian antibodi anda positif bermakna anda dihinggapi HIV
Kenapa ujian ini PENTING untuk anda?

Jika anda HIV positif,anda boleh :
  • mengambil ubat anti HIV untuk menghalang bayi anda dijangkiti
  • menyusukan bayi anda dengan susu formula
  • merancang keluarga
  • memberitahu dan memastikan pasangan untuk menjalani ujian HIV
  • menjalankan hubungan seks dnegan selamat
  • menjaga diri dengan sempurna
  • menghindar diri dari jangkitan penyakit yang lain
Jika anda HIV negatif,anda boleh :
  • menjalankan hubungan seks yang selamat
  • menghalang diri dari jangktian virus HIV semasa mengandung
  • berbincang tentang cara seks yang selamat dengan pasangna anda
  • mencadangkan kepada pasangan anda untuk menjalani ujian HIV.
 Wanita yang dijangkiti kuman HIV boleh mengjangkiti bayi mereka semasa :-
  • di dalam kandungan
  • proses kelahiran
  • penyusuan susuibu kepada bayi
Risiko ini boleh dikurangkan dengan beberapa cara :-
  • mengambil ubat anti HIV sewaktu mengandung dan ketika melahirkan anak
  • ubat anti HIV diberikan kepada bayi yang dilahirkan
  • menjalani pembedahan Caeserean
  • mengelakkan daripada menyusukan bayi dengan susuibu
Bagaimana untuk mengetahui bahawa seseorang itu dijangkiti kuman HIV?
  • Dapatkan ujian HIV dengan segera
Apakah Hak-Hak anda?

Kaunseling

Anda berhak untuk mendapatkan makluman dan kaunseling sebelum menjalani ujian HIV untuk mendapatkan gmabaran yang jelas.

Doktor bertanggungjawab untuk menerangkan kepada anda keputusan ujian itu bagi membantu anda membuat keputusan dan merancang masa hadapan

Kebenaran

Selepas mendapatkan penerangan yang terperinci anda boleh menjalani ujian tersebut.Keputusan sama ada untuk menjalani ujian itu atau tidak asalah berada di tangan anda.

SULIT (Confidentiality)

Keputusan ujian anda adalah sulit dan ianya tidak boleh dikelaurkan kepada orang lain melainkan dnegan kebenaran anda.

Rawatan

Anda berhak mendapatkan maklumat tentang rawatannya dan dimana anda boleh mendapatkannya.

Apakah tanggungjawab anda?
  • untuk menajalani hidup sihat dan mempraktikkan hubungan seks yang selamat
  • untuk melindungi pasangan anda dari jangkitan HIV
  • mendapatkan pengetahuan terperinci tentang cara-cara untuk melindungi bayi anda dari dijangkiti
Maklumat ini daripada KLINIK IBU MENGANDUNG PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com
 

2 comments:

  1. Kalau wanita mengandung kan buat hiv test akan naik positif tak?

    ReplyDelete
  2. Kalau wanita mengandung kan buat hiv test akan naik positif tak?

    ReplyDelete

Like my FB