Makin hari makin banyak kes penyakit kencing manis/diabetes didengari.Tak perlu pergi jejauh tengok sekeliling kita jer pun da boleh nampak.
Ini bukan sesuatu yang boleh diremehkan atau didiamkan dan dibiarkan begitu sahaja.Ala bukan aku yang kena takpela.Aku ok jer.
Bila dah dijangkiti bukan diri yang kena jer yang terlibat kita yang berada disekeliling pun terlibat sama.
Sebab itu digalakkan amalkan gaya hidup sihat.Dah terang tahu anda berisiko mengidap sebab dikatakan sakit keturunan JADI ambillah langkah berjaga2 janganlah teruskan amalan ke arah tidak sihat juga.
Baru nie saya dengar satu berita pasal seorang pesakit diabetes yang tak boleh da diselamatkan kakinya terpaksa dipotong paras pehanya.Allahuakbar sedihnya dengar.Suaminya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga keperluan isterinya.Anak-anak duduk berjauhan masing-masing ada urusan kehidupan keluarga masing-masing.
Nampak tak kepayahan kesan dari perbuatan kita sendiri yang tidak menjaga kesihatan diri?Tolong jangan kata ala kalau da nak sakit sakit jugak.Ye memang sakit tapi kesan akibat sakit itu sebenarnya akan menyusahkan semua orang sekeliling.Belum lagi urusan dialisis seminggu sampai tigakali.
Memang seandainya kita berpeluang menjaga ibu ayah atau orang yang kita sayang membolehkan kita bagai bina ladang pahala tapi ia jugak boleh menjadikan ladang dosa jika kita sudah tidak ikhlas melakukan.Dengan tuntutan kelangsungan hidup yang makin menyiksakan macam2 boleh berlaku.
Saya bercerita bukan niat hendak menakutkan tapi saya hendak anda semua yang saya sayang baca dari hati dan fikir sedalamnya tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Jika kita mampu mencegah mengapa memilih untuk merawat?
No comments:
Post a Comment