Jangan tunggu sampai KAYA!
Kisah 1:
Seorang Focal Person PBS (FP) berkongsi cerita beliau cuba dapatkan sumbangan. Seorang pakcik tua pengemis, datang dan hulurkan RM5. FP ini berusaha menolak kerana duit itu utk makanan pakcik tapi pakcik berkeras nak dermakan pada anak-anak murid susah. Katanya itu sahaja la yang dia mampu beri. Dengan penuh terharu FP tersebut menerimanya.
Kisah 2:
Anak seorang FP lain di usia 7 tahun pula menghulurkan 25 keping duit satu ringgit. Bertanya kepada ibu nya, ini cukup untuk beri 1 beg pada pelajar kan?
Kisah 3:
Seorang FP diberikan tabung simpanan oleh 'boss' nya. Untuk buat sumbangan bagi pembelian beg. Dan esoknya seorang lagi boss memberikan tabung juga. Mungkin mereka memang ada tabung peribadi khas untuk sumbangan seperti ini. Wallahua'lam .
Kisah 4:
Seorang FP rasa terharu atas respon baik rakan sekeliling kerana tanpa di sangka dalam tempoh 2 jam, RM1k sumbangan diperoleh semalam. Selama ini selalu rasa tidak mampu dan tidak ada yang akan beri namun sebenarnya kita dikelilingi orang yang baik hati!
Kisah 5,6,7, 8 dan seterusnya:
Anda boleh coret kan sendiri. Dikalangan kami ada yang tumpah air matanya kerana terharu,berpeluh keringat membeli beg dan menghantar untuk murid yang memerlukan, mengeluarkan belanja sendiri utk duit minyak dan tol, Print pula flyers atas duit sendiri demi menjayakan projek ini.
Allah sahaja layak balas budi baik mereka dan anda.
#ProjekBegSekolah
#PBS2
No comments:
Post a Comment