Tuesday, 29 November 2016

Impian saya 20tahun akan datang

IMPIAN TERCAPAI 20tahun akan datang?

Lagi 20tahun umur meningkat 50an gitu..apa impian saya dikala itu?apa yang saya hendakkan semasa waktu umur sebegitu?apa yang akan saya lalui dikala umur sedemikian....

Meh nk story sket impian saya untuk 20tahun akan datang in sha Allah.

Duit dikatakan tidak boleh membeli kebahagiaan tapi setuju tidak kalau dikatakan duit jika tiada boleh membawa seribu cerita kedukaan?

Sekarang time saya mengumpul duit untuk kehidupan akan datang.Dikala itu kami mahu berehat mahu bersama-sama menikmati kehidupan disaat anak-anak sudah besar. Anak bongsu kini (bongsu ker?:-) akan berusia 20an maybe masa tu #afliqharris da menyambungkan pengajiannya di luar negara.

Jadi kami suamiisteri dengan gembiranya akan melawat sekerap yang mampu untuk melihat perkembangannya disana.Disamping meneruskan kehidupan di rumah kampung kami.Rumah impian kami telah terbina saat itu.

Kami aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan membeli saham akhirat kami dengan kerja amal untuk kebaikan ummah masa depan in sha Allah.

Bisnes?berjalan lancar seperti biasa diteruskan oleh generasi kami yang akan menerajui bisnes yang kami wariskan kepadanya.Bisnes semakin membesar sejajar dengan impian kami untuk terus membantu mereka yang ingin menukar gaya kehidupan mereka dan kesihatan mereka.

Melihat kehidupan idola saya Roslan Ghazali seorang Master yang telah bersama Shaklee lebih 20tahun dan kini masih setia bersamanya seakan itulah impian kehidupan saya akan datang.Moga semua berjalan lancar dan terus dirahmati Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Like my FB