Wednesday 19 March 2014

Tips putihkan gigi

Assalamualaikum wrt semua.. apa khabar anda disana... saya doakan anda semua dilindungi Ilahi senantiasa.

Teruskan berdoa kepadaNya agar  mh370 ditemui dengan selamat dan semua krew bersama penumpang dapat kembali kepangkuan keluarga yang setia menanti kepulangan mereka.. ameen..

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi tips untuk anda bagi memutihkan gigi. Ramai diluar sana inginkan gigi putih bersinar. Tetapi tidak semua tahu kaedah moden yang banyak menggunakan peralatan canggih.Gigo anda pasti tampak lebih putih berseri selepas mengamalkan tip yang ingin dikongsikan dibawah

1.Makan makanan rangup
Buah-buahan seperti epal yang mempunyai saidinmohd Malik,bahan kimia yang sebenarnya kerap digunakan ketika pemutihan gigi. Sayuran seperti brokoli dan lobak juga ejen pemutih gigi semulajadi. Makanan ini boleh mengasingkan gulan dan bahan kimia yang menyebabkan kotoran dan kaviti.

2.Berkumur selepas makan
Sisa makanan akan melekat dicelah gigi selepas anda menghabiskan makanan. Cuba berkumur dengan secukupnya untuk membuang sisa terbabit. Cara ini boleh mengelakkan kotoran atau gigi berlubang. Gigi anda akan tampak lebih berseri dan bebas dari kotoran.

3.Gunakan strawberi
Gosokkan buah strawberi pada gigi selama seminit. Strawberi bertindak sebagai agen pemutihan semulajadi pada gigi. Tapi jangan lupa memberus gigi selepas proses itu kerana strawberi juga mengandungi asid dan gula yang boleh merosakkan gigi.

4.Makan kismis
Kismis mempunyai kelebihan sama seperti sayuran rangup. Ia membantu meningkatkan kadar pengeluaran kelenjar air liur. Pengambilan kismis yang berterusan boleh menghilangkan plak pada gigi dan menghalang plak daripada terus mengjangkiti gigi.

5.jadikan susu dan yogurt sebagai diet harian
Pengambilan susu dan yogurt boleh menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas daripada kaviti. Ini berlaku kerana mineral seperti kalsium dan fosforus yang terdapat dalam minuman itu membantu menguatkan enamel pada gigi.

6.amalkan sekeping keju selepas makan
Selepas menghabiskan hidangan, jangan lupa makan sekeping keju. Pelik tapi benar, pengambilan keju selepas makan dapat menghalang gigi daripada rosak dan menggalakkan pemprosesan enamel yang menjadikan gigi bersinar.

7.Gunakan tepung soda bicarbonate
Tepung ini adalah agen pemutih gigi semulajadi selain bertindak membersihkan gigi anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan pes tepung berkenaan yang dicampurkan dengan air dan secubit garam. Berus gigi anda menggunakan pes ini selama satu minit dan bilas mulut selepas itu. Lakukan selama dua kali seminggu.

Sekian tip untuk hari ini. Cubalah tahu bukan sahaja menjimatkan malah ianya selamat kerana menggunakan bahan semulajadi.

Saya juga pengedar Shaklee produk kesihatan semulajadi untuk anda. Jika mahu membuat pesanan boleh hubungi saya ditalian 017-3150252(call/sms /whatsApp / wechat )

No comments:

Post a Comment

Like my FB