Alhamdulillah semalam merupakan pengalaman pertama saya sertai majlis gotong royong bersama penduduk dikawasan perumahan Meru Perdana memasak bubur Asyura.
Dikhabarkan ini adalah kali ketiga pihak penganjuran bersama penduduk menjayakan majlis memasak bubur Asyura ini.
Seronok rasa dihati bila kali ini en.suami memberi keizinan untuk saya sertai dan memberi kelepasan pergi seorang diri tanpa anak-anak.Dengan ertikatanya ensuami sanggup meng*handle semua anak-anak.
Seawal jam 6pagi saya sudah get ready siapkan hal keperluan yang ditinggalkan.sediakan sarapan buat mereka baru senang hati ibu.
Jam 7.30pagi saya berangkat keluar rumah bersama jiran menyebelah kanan dan kiri saya.Alhamdulillah dapat jiran yang baik.
Setiba disana acara sudah bermula ada yang sudah mula menyiang bahan-bahn untuk dibuat bubur Asyura dan masakan untuk makanan tengahari.
Seronoknye berkumpul berkenalan sesama jiran tetangga.Selama ini kami hanya berbual didalam whatsapp group sahaja tapi kali ini kami bertentang mata banyak yang dibualkan.Syukur dapat peluang merapatkan ukhuwah.
Majlis selesai jam 2.00petang urusan membungkus dan mengedarkan bubur Asyura juga selesai.Alhamdulillah moga Allah memberkati majlis kami.in sha Allah.
No comments:
Post a Comment