Wednesday 12 November 2014

Ibu Hamil WAJIB amalkan pengambilan MINYAk IKAN OMEGA-3(DHA-EPA)

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog kesayangan saya ini.Syukur masih diberi kesempatan berkongsi kisah bersama anda semua.Apa khabar anda semua?doa saya agar anda semua berada didalam lindungan Ilahi dan senantiasa berada dibawah rahmat Ilahi.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi sedikit info kesihatan yang bagi saya amat penting bagi seseorang yang sedang hamil.Penyelidik saintifik sentiasa memperluaskan  pengetahuan kita semua tentang kepentingan pemilihan pemakanan semasa proses kehamilan.Diantara yang ditemui adalah kepentingan asid lemak dha-epa (omega-3) dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil itu sendiri.



Apa itu asid lemak DHA-EPA Omega-3?

  • Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid)yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan.Malangnya ia tidak disintesis oleh tubuh badan kita dan mesti diperolehi dari diet,vitamin,suplemen atau makanan tambahan
  • Kajian juga telah menunjukan bahawa kedua-dua kompenan penting asid lemak yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (Acid Docosahexaenoic) ia mempunyai manfaat yang unik.EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung,sistem imun dan tindakbalas keradangan.Manakala DHA pula membantu meningkatkan kepintaran otak,mata dan sistem saraf utama iaitu penting buat ibu mengandung,bayi dalam kandungandan ibu yang sedang menyusu.Ia juga amat penting dan berguna untuk anak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Mengapa pengambilan asid lemak DHA-EPA Omega -3 penting untuk ibu mengandung?

  • ianya penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi.Kajian mendapati ibu mengandung mengalami pengusutan bekalan omega-3 dalam badan jika  pengambilannya kurang dalam pemakanan akibat janin telah menggunakan bekalan itu untuk perkembangan sistem saraf otak.Ia juga digunakan selepas ibu bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi.Kajian juga mendapati pengambilan tambahan asid lemak ini membantu memberi kesan positif kepada ibu hamil terhadap pembangunan penglihatan dan kognitif bayi.Penting kan pengambilan asid lemak oemga-3 ini?
  • ianya juga boleh mencegah kelahiran pramatang,mengurangkan pre-eklampsia dan boleh meningkat berat bayi didalam kandungan.manakala sekiranya kekurangan ia boleh memberi risiko tinggi kemurungan akan berlaku.Ia dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas kelahiran mungkin menjadi lebih buruk dan akan mula lebih awal untuk kehamilan seterusnya.
Berapakah jumlah minyak ikan yang diperlukan oleh seorang ibu hamil?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menyediakan carta dos minimum yang disyorkan seperti berikut :-

  • Bayi (1-18bulan) - 0-15 lbs  : 32mg /lb EPA- DHA
  • Kanak-kanak (1.5 - 15tahun) - 15mg / lb EPA-DHA
  • Dewasa (15-115) - 500mg EPA-DHA (atau pun sekurang-kurangnya 220 EPA dan 220 DHA)
  • Wanita hamil dan menyusu  - 300 mg setiap hari.

hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554 untuk dapatkannya segera
No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)

Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com
FB : fazillah.abdulghani Page di FB : Tips-Suri-HebatKeluarga-Sihat





No comments:

Post a Comment

Like my FB