Friday 27 September 2013

Tentang Penulis



Assalamualaikum wrt pembuka bicara..syukur pdNya hari ini saya berjaya mencipta blog hasil dari penjenamaan yang baru.Entri pertama rasanya patutlah saya memperkenalkan diri saya kepada anda para pembaca blog saya ini sebagai sessi perkenalan awal antara kita bersama.


Saya Fazillah Abdul Ghani merupakan seorang ibu kepada dua puteri saya yang comel dan kini dalam proses pembelajaran dari sehari ke sehari.Seorang isteri kepada suami tercinta saya En.Mohd Syuhairi Abdullah.Berusia 33tahun kini dan merupakan WAHM (Work at Home Mom).

Gambar terbaru pada pagi raya 2013.

Saya merupakan pengguna tegar dan menjadi pengedar sah Shaklee.Bermula dari hanya sebagai seorang pengguna selepas tempoh berpantang anak pertama sehingga kini hampir 4tahun saya terus mempercayai produk kesihatan yang sudah terkenal melebihi 50tahun dahulu lagi.Atas dorongan kepercayaan ini saya terus mengambil keputusan memilih untuk menjadi pengedar sah dan seterusnya berkongsi kebaikan dan keberkesanan produk ini kepada rakan rapat dan kenalan terdekat termasuk anda semua.

Saya juga mempunyai hobi dan minat didalam dunia masakan.Hendak kata mempunyai bakat yang tinggi tidakla begitu tinggi tetapi perasaan minat mencuba dan suka merasa apa jenis masakan dan makanan begitu menebal dalam diri saya.Di dalam blog ini akan saya kongsikan juga tentang masakan,makanan,petua orang dapur dan pelbagai lagi untuk saya curahkan kepada anda semua.

Sekiranya anda berminat untuk mengenali dan bertanya dengan lebih lanjut tentang diri saya penulis blog ini,sila lawati saya di laman sosial facebook saya fazillah.abdulghani dan fanpage jualan produk Shaklee saya Vitamin-Untuk-Semua mahupun email terus kepada saya di fazillah.abdghani@gmail.com.

Sehingga berjumpa lagi di entri-entri seterusnya. :-)

No comments:

Post a Comment

Like my FB